Welcome back to me

Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi tak menulis blog, hari ni tiba-tiba rasa nak kembali aktif semula dalam arena blog memblog. So, kuucapkan “welcome back to me”, kih kih. Tapi sayang sangat sebab blog dengan domain haiulmusa.com ni sebenarnya saya baru buat dalam penghujung tahun 2018 dan dek kerana tak sambung bayaran hosting dan domain yang telah expired date tempoh langganannya, maka hilang lah segala artikel yang ada dalam blog tu sebelum ni walaupun tak banyak mana, tapi banyak la juga.

Tapi takpe, mulai sekarang inshaAllah saya akan kembali semula menulis blog walaupun tak tahu boleh konsisten ataupun tidak. Tulis lah untuk diri sendiri.. dan jika ada manfaat kepada orang lain, alhamdulillah. Mungkin sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) nanti lagi bertambah idea dan lagi semangat nak menulis.

Sejujurnya, saya bukan arif atau pakar sangat dalam bab ICT dan internet termasuk berkaitan online tetapi sejujurnya juga, saya memang minat dengan bidang ni dah lama. Jadi, saya pun cuba mencari ilmu melalui internet sama ada google, youtube, yahoo (dulu sekitar tahun 2007/2008). Ada yang percuma dan ada juga yang berbayar.

Tetapi sampai sekarang rasa memang baaanyakk lagi yang tak tahu la.. banyak lagi benda yang nak belajar. Semoga Allah permudahkan urusan ku, aamiin.

Welcome back to me!

(Visited 23 times, 2 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*