Alasan orang kita bila sebut Pasal menyimpan duit atau menabung

Dalam pengurusan kewangan, ramai orang tahu dan faham betapa pentingnya membuat simpanan atau menabung dari pendapatan yang diterima setiap bulan.

Tapi orang kita masih ramai yang malas dan tak mampu untuk menyimpan. Masing-masing ada alasan yang ‘kukuh’ dan ‘bernas’ untuk mengelak dari membuat simpanan seolah-olah simpanan ini seperti membayar cukai.

Antara alasannya adalah seperti berikut;  

“Gaji rendah, tak mampu nak menyimpan lagi”

“Kos sara hidup sekarang bertambah meningkat, tak sempat nak menyimpan”

“Aku anak sulong, kena sara family dahulu, jadi tak boleh nak simpan.”

“Kos sara hidup sekarang bertambah meningkat, tak sempat nak menyimpan”

“Aku anak sulong, kena sara famili dulu jadi tak dapatla nak menyimpan”

“Aku kerja sendiri, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Masa bilanya nak menyimpan?”

“Gaji sedia ada pun tak cukup, macam mana nak menyimpan?”

“Sekarang saya dah ada keluarga, ada isteri/suami dan ramai anak. Jadi, saya tak boleh nak menyimpan”

“Saya habiskan duit gaji setiap bulan untuk isteri dan anak-anak sendiri, salah ke kalau tak simpan?”

“Yuran taska anak saya mahal, jadi bajet bulanan saya tak cukup untuk menyimpan”

“Belanja harian anak saya yang sekolah rendah tu sehari RM4 sorang, kalau anak 3 orang sekolah, berapa tu? sebulan mesti tak lari RM100 hingga RM300 lebih. Sebab itulah saya tak dapat menyimpan.”   

“Gaji bersih aku ni hanya cukup-cukup makan untuk sebulan. Mana celahnya nak menyimpan!”

Dan alasan yang paling saya tak berapa berkenan ialah..

“Buat apa simpan kalau sikit, tunggu duit banyak barulah menyimpan!”

Cer bagi jawapan yang tepat, bila duit kita nak banyak?

Alasan di atas hanya sebahagian sahaja yang dapat dinyatakan. Hakikat sebenarnya beribu lagi alasan yang akan diberikan oleh orang kita bila diajaknya menyimpan atau menabung.

Ya betul, kebanyakkannya ialah ‘orang kita’.

Siapa orang kita? Sudah tentulah bangsa Melayu!

Kawan, kalau menteliti anda masih begitu dan terus beriman dengan alasan-alasan tersebut, percayalah kemungkinan besar pada lima atau 10 tahun akan datang, keadaan anda akan masih sama seperti sekarang, tak akan berubah langsung!

Kalau sekarang anda rasa susah dan miskin, begitu jugalah anda pada 10 tahun akan datang. Yang bezanya hanyalah, pada masa itu dunia semakin maju dan semakin canggih.

Jadi, jomlah kawan! Kita mulakan menyimpan atau menabung bermula dari sekarang. Tak mampu banyak kita mulakan menyimpan sikit-sikit.

Berapa yang saya nak simpan setiap bulan?

Ok, saya tahu antara kita tak sama jumlah pendapatannya. Ada yang banyak dan ada yang sikit sangat.

Berapa pun pendapatan anda, cubalah menyimpan ok!

Asingkan dahulu duit simpanan kita tu sebelum buat apa-apa belanja seperti bayar hutang, bayar kereta, bayar bil, belanja dapur dan lain-lain.

Di bawah ini adalah beberapa cadangan jumlah simpanan yang boleh kita buat dari keseluruhan pendapatan pada setiap bulan:

(1) Sekurang-kurangnya 10% dari keseluruhan pendapatan.

Kalau pendapatan tu bagi anda ia kategori sikit, contoh RM5oo sebulan, maka asingkan 10%

RM500 x 10% = RM50 (simpanan)

Kalau rasa tak mampu,

(2) Simpan 5% dari keseluruhan pendapatan anda.

RM500 x 5% = RM25 (simpanan)

Kalau rasa tak berapa mampu,

(3) Simpan 3% dari keseluruhan pendapatan anda.

RM500 x 3% = RM15 (simpanan)

Kalau tetap rasa tak mampu,

(4) Simpan 1% dari keseluruhan pendapatan anda.

RM500 x 1% = RM5 (simpanan)

Kalau masih berpegang dengan yakin rasa tak mampu tu,

(5) Simpan RM1 sebulan dari keseluruhan pendapatan anda.

Kawan, kalau tak mampu simpan duit RM1 sebulan, itu maknanya anda memang betul-betul miskin! Insaf dan bertaubatlah!

Apa lagi alasan kawan?

Selamat mencuba dan didoakan semoga berjaya!

p.s: Kalau ada kawan-kawan yang nak belajar cara buat duit secara sambilan dalam USD melalui dropship, boleh klik gambar di bawah ok. USD tau..

(Visited 32 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*