Tunggu kaya dan berjaya baru cerita?

Saya suka bercerita tentang bisnes sama ada bisnes ‘offline’ atau ‘online’ walaupun hakikatnya bisnes online peribadi yang ada sekarang pun hanya biasa-biasa, cap ayam dan bukan dalam kategori yang berjaya serta masih tak ‘perfect’ mana. Pendek katan, masih merangkak-rangkak.

Saya suka bercerita tentang seronoknya jadi orang kaya tapi realitinya saya dan kaya itu ibarat Bumi dan planet Pluto jauhnya.

Saya suka bercerita tentang pengurusan kewangan hakikatnya kewangan diri sendiri pun hanya paras-paras hidung dan hampir tenggelam.

Saya suka bercerita tentang jangan tambah hutang dan pentingnya membayar hutang, padahal hutang peribadi pun masih berjela masih bertatih untuk selesaikannya.

Saya suka bercerita tentang ilmu agama tapi saya bukan lah seorang ulama’ dan masih berstatus ‘pendosa’ sepanjang masa.

Ada orang kata:

“Tak yah sembang lebat lah kalau diri kau sendiri pun ntah ape-ape”

“Sembang bisnes konon, bisnes sendiri pun ntah ke mana!”

“Apa ko ingat ko ulama’ ke nak sembang bab agama?”

“Bro, tunggu diri tu jadi kaya baru lah cerita bab kaya..”

Dan macam-macam lagi orang kata..:-)

Ye, semua tu mungkin ada benarnya tapi saya tetap juga memilih untuk menuntut ilmu sambil bercerita dan menyampaikan kerana saya yakin:

  1. Dalam sejuta pendengar atau pembaca pasti akan ada seorang yang dapat manfaatnya.
  2. Kalau saya selalu bercerita dan berkongsi tentang berjaya dan jadi kaya, insha-Allah saya juga akan jadi berjaya dan kaya.

Dalam urusan dakwah selalu kita dengar..

1. “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”

dan..

2. “Jangan tunggu sempurna baru nak berdakwah”

Jadi, bagi saya dalam bab ilmu bisnes dan pengurusan kewangan juga sama. Jangan tunggu kaya dan berjaya baru nak cerita.

Semoga bermanfaat dan good luck kawan semua!

(Visited 22 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*