#7 Cara bisnes air balang yang jimat kos

#7 Cara bisnes air balang yang jimat kos. Dalam memulakan bisnes air balang, perkara pertama yang menjadi masalah besar ialah modal. Orang yang banyak modal boleh senyum je sebab tak ada masalah langsung bagi dia. Tapi bagaimana kalau yang nak mula bisnes air balang ni adalah dari kalangan anda yang tak banyak duit? So, cadangan saya ialah anda gunakan cara bisnes air balang yang jimat kos!

Apa pun masalah mesti ada jalan penyelesaiannya, jangan risau ok! Cuma nak usaha atau tak nak jer..

Jadi, macam mana caranya tu? Baik…

#7 Cara Bisnes Air Balang Yang Jimat Kos ialah:

tapak berniaga percuma

#1 Lokasi yang tak perlu sewa

Cari lokasi yang tak perlu bayar sewa. Contohnya ialah tepi jalan, di depan sekolah, hadir program atau event yang free anjuran pihak surau, masjid atau lain-lain. Macam mana nak tahu ada event free? Yang tu anda kena rajin cari sendiri pergi bertanya, cari dalam google dan lain-lain cara yang baik bagi anda.

#2 Lokasi yang sewa rendah

Kalau tak dapat lokasi yang percuma, anda boleh cari lokasi nak berniaga yang sewanya rendah. Biasanya tapak berniaga yang sewa rendah ialah pasar tani, pasar malam, down town / up town, surau dan masjid. Tetapi berdasarkan pengalaman saya, lokasi di down town / up town ada juga yang caj mahal. Sebenarnya ikut pada penganjur.

Untuk berniaga di pasar tani atau pasar malam, anda perlu pergi ke ibu pejabat FAMA kawasan anda dan tanya pegawai bertugas cara untuk mohon berniaga. Ataupun tengok pada papan notis di luar pejabat. Biasanya akan ada iklan lokasi yang boleh mohon untuk berniaga. Biasanya sewa yang dikenakan RM50 sehari dan mungkin berbeza mengikut negeri atau daerah.

Nak berniaga di down town / up town, anda kena ronda-ronda dan bertanya kepada peniaga otai yang sedia ada kat situ cara-cara nak mohon berniaga kat situ juga. Kadang-kadang ada peniaga yang baik hati akan ajar anda. Biasanya sewa di sini ada yang dapat RM10 sehari dan mengikut pada perubahan dan rezeki anda.

Untuk berniaga dalam program anjuran surau dan masjid, anda perlu tanya terus kepada pengurusan surau atau masjid tersebut. Anda juga boleh tengok pada papan kenyataan di masjid berkaitan program atau event yang akan dianjurkan.

Biasanya sewa untuk event di surau atau masjid ada mahal dan ada yang murah. Kalau event yang melibatkan gerai-gerai besar atau program kerjasama pihak surau / masjid, sewanya agak mahal. Tapi bagi program anjuran masjid sendiri biasanya sewa agak rendah. Ada yang kenakan sewa serendah RM10 dan ada juga yang minta ikut seikhlas hati je janji duit tu masukkan dalam tabung surau / masjid. Ya, memang ada macam tu.. Itu pengalaman saya sendiri masa berniaga di Bangi beberapa tahun lepas. Alhamdulillah.

peralatan bisnes yang murah

#3 Beli peralatan berniaga yang murah

Bagi menjimatkan kos berniaga air balang, sebagai permulaan anda beli peralatan berniaga yang sesuai tetapi harga yang murah. Beli je kanopi, meja dan balang air yang paling murah. Bila dah ada modal besar nanti boleh je upgread.

Tapi kena ingat, barang murah biasanya memang tak tahan lama. Tapi dapat berniaga dalam 2 3 bulan pun jadilah sebagai permulaan anda nak tambah modal.

Lagi satu, kalau nak beli balang yang murah pun, anda kena beli balang bulat yang jernih juga untuk bagi nampak jelas isi air apa yang anda jual. Jangan guna balang warna putih dan lain-lain warna atau balang yang ada paip yang orang buat letak air basuh tangan tu ok! Tak sesuai.

#4 Jual satu jenis air sahaja

Cara bisnes air balang yang jimat kos paling terbaik ialah anda mulakan dengan menjual hanya 1 jenis air dengan menggunakan 1 balang sahaja. Kalau boleh jual air yang tengah hot sekarang. Berdasarkan pemerhatian saya, air yang hot dan ramai orang beli dalam tahun 2018 ni ialah air jagung dan mangga.

Walau bagaimana pun, anda guna boleh cuba menjual air yang jarang orang jual untuk test market. Biasanya benda baru ni akan ada peminatnya nanti, cuma anda hanya perlu konsisten.

Anda cuba jual air jus yang berbeza dalam 2 3 bulan pertama untuk test market. Contonhya, mula-mula anda jual air jus nenas selama 3 hari atau seminggu berturut-turut. Kemudian cuba jual pula air jus durian belanda, kedondong asam boi dan lain-lain yang sesuai dalam tempoh masa yang sama.

Pastikan anda rekod jualan dan perhatikan prestasi bisnes sepanjang berniaga jus yang berlainan tersebut. So, air jus mana yang anda rasa mendapat permintaan atau jualan lebih, anda boleh teruskan jual dan promosi air tersebut.

#5 Jangan ambil pekerja

Bekerja sendiri untuk permulaan, jangan ambil pekerja. Anda tauke dan anda juga kuli. Cara ini sebenarnya bukan sahaja menjimatkan kos, malah anda akan mendapat pengalaman sendiri dalam dunia bisnes air balang ini. Sesuai dengan menjual hanya 1 jenis air, anda seorang sebagai pekerja sudah cukup. Setelah bisnes anda dikembangkan nanti baru cari pekerja.

#6 Kreatif

Anda perlu kreatif dalam urusan promosi dan hiasan gerai jualan untuk menarik minat ramai pelanggan. Gunakan peralatan yang cantik, menarik tetapi tidak mahal. Keluarkan sedikit modal untuk upah design dan buat banner gerai anda. Cari perkhidmatan buat banner tersebut yang rendah kos. Dengan promosi dan hiasan gerai yang cantik dan kreatif, orang akan tertarik dan pelanggan anda akan bertambah.

ilmu bisnes air balang

#7 Cari ilmu berniaga air balang

Walaupun bisnes jual air balang ni nampak mudah, kalau tak ada ilmu pasti bisnes anda tak akan ke mana. So, carilah ilmu terlebih dahulu walaupun sedikit. Untuk bisnes air balang, anda boleh tuntut ilmu dengan cara percuma dan berbayar.

Cara percuma ialah anda cari dari internet di google dan sebagainya. Boleh juga dengan cara bertanya kepada peniaga-peniaga air balang yang sedia ada. Itu pun kalau mereka sudi berkongsi.

Untuk dapatkan ilmu bisnes air balang yang berbayar pula, anda boleh hadir kursus berbayar sama ada dianjurkan oleh kaki tangan kerajaan atau penganjur persendirian. Biasanya kursus berbayar ni ada yang murah dan ada yang mahal. Kemungkinan bermula RM250 dan ke atas.

Selain itu, untuk ilmu bisnes air balang berbayar yang boleh jimatkan kos dan masa anda ialah anda beli ebook BisnesAirBalang ini. Dalam ebook ini akan di ajar cara-cara untuk anda mulakan berniaga jual air balang bermula dari anggaran kos permulaan, cara nak dapatkan lesen dan juga anda akan diberikan banyak resepi air jus. So, anda boleh pilih nak jual air apa.

Ebook ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulisnya iaitu En. Mizan Sulaiman yang berpengalaman dalam dunia bisnes air balang sejak tahun 2008 dan masih aktif sehingga sekarang tahun 2018.

Ebook beliau ada 2 pakej dengan harga berbeza iaitu harga RM70 & RM100. Anda boleh pilih pakej mana yang anda nak dan pada pendapat saya selepas saya beli ebook ini, ilmu yang ada dalam ebook tersebut sangat banyak dan realistik. Dengan harga tersebut lebih baik dan berbaloi berbanding anda pergi kursus yang harga beratus-ratus ringgit. Kalau anda berminat nak dapatkan ebook cara Bisnes Air Balang ini, sila klik di sini sekarang!

Kesimpulannya, jika anda ingi tahu teknik atau cara bisnes air balang yang jimat kos, anda perlu mencuba semua cara yang saya cadangkan di atas dan jika ada idea tambahan anda boleh gabungkan.

Selamat mencuba dan good luck kawan!

Encik Mizan Sulaiman ialah seorang peniaga otai yang ada pengalaman jual air balang sejak tahun 2008 dan merupakan penulis ebook cara Bisnes Air Balang. Anda juga boleh dapatkan ebook beliau dengan klik di sini atau banner di bawah.

(Visited 109 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*