Betul ke air kelapa muda boleh rawat chicken pox?

Betul ke air kelapa muda boleh rawat Chicken Pox? Secara jujurnya saya tak pasti sebab saya bukan pengamal bidang perubatan sama ada moden atau tradisional. Tetapi artikel ini hanyalah perkongsian dari pengalaman sebenar saya sahaja.

Tentu ramai ibu bapa yang tahu apa itu ‘chicken pox’ kan? Ia adalah sejenis penyakit kulit yang biasa dijangkiti oleh kanak-kanak dan juga dewasa. Kalau kena pada kanak-kanak, biasanya kena kuarantin dan tak boleh hantar ke pengasuh atau taska atau sekolah.

Bagi ibu atau bapa yang bekerja pula, doktor akan bagi cuti kuarantin selama seminggu dengan tujuan untuk menjaga anak sepanjang kuarantin. Sampai macam tu sekali… Nampak macam bahaya juga la sebab dia termasuk kategori penyakit yang boleh berjangkit kepada orang lain.

Alkisahnya begini, pada cuti sekolah 3 tahun lepas, anak sulong saya si kakak ni umur 6 tahun tiba-tiba je naik bintik-bintik dan berbiji kat badan dan tengkok. Tanya dia gatal ke? dia cakap tak gatal.

Kebetulan mak saya datang ke rumah saya dari kampung, dia suruh beli air kelapa muda dan bagi anak minum. Masa tu saya tak tahu lagi kat badan kakak tu chiken pox. Tengok tempat lain di badan dia ada naik macam kudis. Pergi klinik doktor cakap ni memang chicken pox dan doktor bagi saya cuti kuarantin seminggu untuk jaga anak.

http://carijalan.com/wp-content/uploads/2017/07/Manfaat-Air-Kelapa-Bagi-Ibu-Hamil-dan-Janin-300x252.jpeg

Saya teruskan bagi minum air kelapa. Alhamdulillah bintik-bintik tu keluar di badan kakak tak banyak. Kat muka pun ada dua tiga bintik je. Kat belakang sikit dan kat kaki sikit. Apa lagi, saya beli kelapa muda bagi dia minum hari-hari. Dalam tiga hari lebih kurang, bintik-bintik di badan dia dah kering dan berkuping.

Dalam dua minggu lepas tu, si adik umur 4 tahun pula naik chiken pox, berjangkit dengan kakak dia agaknya. Pergi la cari kelapa muda lagi sampai orang jual kelapa tu heran dan tanya kenapa beli banyak-banyak, hehe… Alhamdulillah macam kakak dia jugak, bintik naik sikit je dan kat muka tak ada lngsung bintik.

Lepas beberapa hari, kebetulan bawa adik dia pergi klinik ada temu janji rutin, nurse cakap memang cepat baik minum air kelapa tapi takut chiken pox keluar tak habis dan mungkin naik balik nanti.

Saya perhati jugak kat badan kakak dan adik dia, setakat enam bulan lepas tu takdek naik lagi bintik-bintik, Alhamdulillah ok je dah tak naik bintik-bintik sampai lah sekarang tahun 2020 sampai adik dia pun dah bertambah. Hehe. Tak tahu la nanti-nanti kan. Harapnya tak naik dah la.

Itulah alkisahnya pengalaman anak-anak saya kena chicken pox. Mungkin setiap orang berbeza pengalamannya dan mungkin ada petua lain. Bagi pengamal perubatan pula sama ada tradisional atau moden mesti ada pendapat atau khilaf masing-masing cuma saya ceritakan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sahaja.

Saya sendiri pun tak pasti betul ke air kelapa muda ni boleh membantu dalam mengurangkan masalah chicken pox anak-anak. Apa yang berlaku kat anak saya setakat ni Alhamdulillah ia betul sebab berkesan dan membantu dengan izin Allah. Kat orang lain tak tahu la pula macam mana. Kalau anda nak cuba apa salahnya kan? Tak susah pun, cari air kelapa muda dan bagi minum. Mudah!

Ok, selamat maju jaya dan good luck kawan!

http://carijalan.com/wp-content/uploads/2017/07/khasiat-air-kelapa-muda-620x350-300x169.jpg
(Visited 53 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*