#5 Kelebihan berniaga kek dari rumah

Ada beberapa kelebihan berniaga kek dari rumah bagi anda yang berminat dan lagi mudah jika anda sudah memang ada bakat dan sedikit pengalaman sendiri dalam bidang makanan bakeri ini. Di Malaysia, permintaan makanan dalam kategori bakeri terutama kek masih lagi mendapat permintaan yang tinggi.

Sebenarnya berniaga kek dari rumaha dalah satu pekerjaan mulia yang boleh mendatangkan keuntungan kalau kena dengan caranya. Biasanya bisnes di bidang ini ramai dilakukan oleh kaum wanita sama ada yang bujang atau sudah berkahwin tetapi lebih ramai terdiri daripada wanita yang sudah berkahwin dan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa di mana jika ada masa terluang selain membuat kerja mengurus rumah tangga, mereka akan mengambil peluang ini untuk jalankan perniagaan menjual kek. Jika tidak menjadi kaya pun, sekurangnya mereka dapat membantu menambah pendapatan keluarga dan untuk diri sendiri.

Antara kelebihan berniaga kek dari rumah ialah:

#1 Modal Permulaan Yang Rendah

Sebab apa modal rendah? Ini kerana anda tidak perlu menyewa kedai, tidak perlu beli peralatan yang besar dan lengkap, anda tidak perlu beli meja dan mesin duit untuk kaunter, anda tidak perlu membeli meja dan peti ais besar untuk letak kek, anda tidak perlu bayar upah pekerja dan jika kena dengan gayanya, anda boleh mulakan berniaga dengan peralatan yang sedia ada di rumah sahaja. Bayangkan semua yang saya sebutkan ini, sebagai permulaan, berapa banyak modal yang anda boleh jimat?

#2 Mudah Untuk Jual

Tak seperti beberapa produk yang lain, kek adalah produk makanan yang mudah untuk dijual kerana anda tidak perlu bersusah payah untuk menerangkan tentang kebaikan kek tersebut. Cukuplah dengan cara tunjukkan gambar kek yang anda buat sahaja, pelanggan sudah tahu buat keputusan untuk beli atau tidak. Sebab itu berniaga kek dari rumah ini tidak perlu untuk anda terlalu menjual. Tetapi jika anda mampu buat begitu lagi baik kerana sudah pasti perniagaan anda akn lebih dikenali.

#3 Buat Berdasarkan Tempahan

Berniaga sebegini sebenarnya lebih mudah bagi anda kerana anda buat produk bakeri  seperti kek, roti dan lain-lain hanya apabila ada tempahan dari pelanggan sahaja. Anda tak perlukan peti besar atau ruang meja yang luas untuk simpan kek dan roti sebagai contoh untuk dipamerkan. Cukup lah gambar itu sebagai sample.

#4 Tugas Suri Rumah Masih Terkawal

Jika anda seorang suri rumah, perniagaan ini sebenarnya dapat dilakukan tanpa mengabaikan tanggungjawab anda sebagai seorang suri rumah. Masih ada ruang untuk anda mengemas rumah, memasak, menjaga anak dan lain-lain kerja sebagai pengurus rumah tangga. Berdasarkan pengalaman mereka yang pernah melalui situasi ini, memang letih apabila berniaga kek dari rumah sebagai suri rumah, tetapi hati akan jadi lebih tenang dan gembira apabila anda mula dapat duit dari tempahan pelanggan anda. Lebih gembira apabila anda dapat duit belanja sebdiri dan dapat membantu suami dalam perbelanjaan rumah tangga.

#5 Peniaga Muslim Lebih Diyakini

Maaf, ini bukan kenyataan yang berbentuk perkauman ye, ini adalah berdasarkan pengalaman keluarga saya sendiri apabila mula buka kedai bakeri pada tahun 2010. Walaupun hanya di kampung dan majoriti penduduk orang Melayu Muslim. Kebanyakkan pelanggan yang datang menyatakan bahawa rasa lebih yakin jika membeli kek daripada pengusaha yang beragama Islam sendiri.

Begitu juga di Lembah Klang penduduknya berbilang kaum, saya lihat ada beberapa kedai kek dari pengusaha Muslim dan bukan Muslim. Jadi, pelanggan beragama Islam ada pilihan untuk memilih kedai mana dan kebanyakkannya lebih mengutamakan dahulu kedai kek yang pengusahanya beragama Islam.

Jadi, walaupun hanya berniaga kek dari rumah, anda boleh sasarkan pasaran produk tersebut kepada pelanggan Muslim dan apabila orang ramai tahu yang anda adalah pengusaha kek beragama Islam dan menjaga kualiti produk, saya yakin ramai pelanggan beragama Islam akan membeli dari anda malah akan repeat order setiap kali ingin membeli kek atau roti.

Selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan urusan saya ucapkan kepada anda yang menceburi bisnes ini dan jika berminat nak belajar dengan lebih lanjut cara berniaga kek dari rumah, boleh dapatkan panduannya dengan klik gambar di bawah ye.

Good luck kawan!

(Visited 210 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*