Mengeluh jer kejenya!

Hrmm.. aduss.. ishh.. kalau la aku.. nak buat macam mana.. adoyyai.. hishh.. fuhh..!

Macam-macam lagi la bunyi kalau orang mengeluh ni.

Persoalannya perlu ke kita mengeluh? Lain orang lain jawapannya. Pendek kata ikut pada sikap dan iman seseorang. Ada orang mengeluh untuk perkara kebaikan dan ada untuk perkara yang tak baik

Kalau iman tak kuat biasanya sikap kita akan ‘transform’ jadi sifat mazmumah (sifat negetif) yang macam-macam jenis seperti hilang sabar, nak marah, tak puas hati dan lain-lain malah boleh membawa kepada pergaduhan bunuh-membunuh.

Kalau iman tu agak kuat sikit akan lahirlah sifat mahmudah (sifat positif) maka kita akan kelihatan ‘cool’ gitu!

Banyak sebab dan keadaan yang membuatkan kita mengeluh contohnya bila sakit, bila serabut, bila banyak kerja, bila kena tipu dengan orang lagi-lagi kawan sendiri, bila cerita pasal politik, bila bergossip, dan macam-macam bila lagi..!

Zaman sekarang, rasanya paling ramai mengeluh disebabkan masalah kewangan, tak cukup duit, banyak hutang, nak beli itu, nak beli ini, duit dah banyak tapi tak tau nak buat apa dan lain-lain yang berkaitan dengan kewangan. semuanya DUIT atau WANG atau RAJA KERTAS.

Tak kurang jugak di Malaysia ni ramai yang mengeluh sebab ‘jam’ kat jalan raya dan masa menunggu nombor giliran di bank, hospital dan tempat yang sewaktu dengannya.. 

Cara nak settle supaya tak mengeluh:

– Istighfar banyak-banyak

– Tarik nafas dari hidung dan lepas di mulut slow-slow. Jangan lepas ikut saluran lain pulak.. kahkahkah!

– Cuba sabar, sabar, sabar.. Cool beb!

– Cuba tengok orang yang lebih susah dari kita tapi dia kuat dan hebat hidupnya. Insya- Allah kita akan lebih bersemangat

– Ajak orang sebelah atau orang lain berborak

– Pergi lah jalan mana-mana

– Paling senang ambik smartphone anda dan buka la internet baca citer menarik dan bermanfaat

– Tulis blog anda citer la apa-apa pun janji yang baik dan bermanfaat.

– Atau, buka facebook, layan jer.. yang bermanfaat ok!

– Tryla.. kalau menjadi tu alhamdulillah anda sama macam saya..

*Lain orang lain caranya.

– Ok, dah sampai no giliran saya kat hospital ni setelah 2 jam menunggu. Tata titi tutu..

Good luck kawan!

(Visited 10 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*