Aku, orang gila & pisang goreng : Bahagian 1

Ini adalah kisah benar yang aku lalui 16 tahun lepas ketika study di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS). Sekarang dah naik taraf jadi Kolej Universiti. Masa tu baru semester pertama. Oleh kerana famili aku dari keluarga sederhana, aku mempunyai semangat nak berjaya tu agak tinggi.

Suatu hari, masa cuti hari sabtu aku keluar sorang-sorang ke bandar Kuantan. Duit belanja yang mak ayah aku bagi bukan banyak sangat dan aku pun masih dalam proses tunggu keputusan pinjaman PTPTN. Aku ke bandar saje jalan-jalan bukan nak membeli pun.

Dah selesai pusing-pusing Kompleks Teruntum, Kuantan Parade dan akhir sekali Berjaya Megamall Kuantan (Antara pasaraya yang ‘top’ masa tu), aku berjalan kaki semula ke stesen bas lama yang dikenali sebagai ‘Benteng’ oleh orang tempatan sebab kedudukannya di tepi Sungai Kuantan. Dari situ aku akan naik bas balik ke kolej semula.

Dalam perjalanan dari Berjaya Megamall ke Benteng, aku singgah beli pisang goreng kat gerai tepi jalan. Ape ke nama ntah gerai tu aku tak ingat yang penting, sedap giler! Aku beli sehinggit masa tu dapat lah 5 biji.

Aku pun makan sambil berjalan pergi ke stesen bas (sampai tak ingat dah yang makan sambil berjalan tu tak senonoh, astaghfirullah..hehe)

Tiba-tiba dari jauh aku ternampak seorang lelaki gila yang datang dari arah depan. Pakai baju warna hijau macam baju pesakit dalam wad hospital. Rambut berserabai, berjalan terhenjut-henjut dan bercakap sorang-sorang dengan suara yang kuat macam tak puas hati kat kawan sebelah dia yang aku tak nampak. Serammm…

Hati aku berdebar dan perasaan takut tiba-tiba singgah di ‘qalbu’ ku yang romantik ini. Aku pun buat-buat ‘relaks’ dan teruskan menguyah pisang goreng sambil pusing belakang untuk berpatah balik dengan harapan dia tak datang kat aku.

Lepas tu suara orang gila tadi dah tak dengar dan senyap sepi. Aku agak dia pun dah blah… Fuhh, lega… Aku pun rasa nak pusing semula ke laluan asal sebab rasa keadaan dah terkawal.

Tapi, masa aku nak pusing balik tu tiba-tiba ada orang tepuk bahu kanan aku.

Opocot! terkejut derr! Bila aku pusing je rupa-rupanya orang gila tadi tu yang tepuk aku. Tepat depan muka aku, dia tengok dan tenung aku dengan riak muka gila dia tu. Bengis dan menakutkan. Aku rasa macam dia nak buat benda negetif je kat aku.

“Tolong bang, aku masih teruna…” Hati aku buat lawak nk cover takut.

Tiba-tiba dia pun hulur tangan kanan minta sesuatu sambil menjerit marah-marah cakap erkk! uukkk! erkkk! macam orang bisu yang menjerit. Perghhh! jantung aku masa tu…

Bersambung… 

Baca sambungan cerita ini di BAHAGIAN KEDUA

(Visited 54 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*