Aku, orang gila & pisang goreng : Bahagian 2

Lepas tu dia tunjuk-tunjuk kat pisang goreng yang aku beli tu. Dia tunjuk dalam plastik yang kebetulan ada 2 biji lagi. Mula-mula aku takut sebab dia macam marah-marah kat aku tapi dsebabkan dia tak ada buat perkara yang negetif dan tak meragut teruna aku, aku rasa dia ni cuma nak minta pisang goreng je. It’s ok, tapi…

Masa tu ujian berat bagi aku sebab aku betul-betul tengah lapar. Aku tak makan nasi sebab nak jimat duit bukan sebab nak diet ok! sebab tu aku makan pisang goreng je. Dahla beli sehinggit je, tapi orang gila tu pulak minta. Adusss..

Nafsu jahat aku cakap, “Kau jangan bagi, lagi pun dia orang gila. Kalau dia bising-bising, kau blah je sambil buat bodoh! Kau kan tengah lapar..”. betul juga..

Nafsu baik aku pula cakap, “Kan ada dua lagi, kau bagi jela kat dia satu.. So, kau boleh makan lagi satu. Lagi pun tiga biji lagi kau dah bedal, tak cukup ke?” Betul juga tu..

Aku teringat mak aku cakap walaupun kita susah tapi kita tetap tolong orang lain yang susah nanti Allah akan balas kat kita.

Aku pun nekad, aku pasang niat dalam hati aku “Kerana Allah Ta’ala” dan cakap dalam hati, “Ya Allah, terima lah perbuatan ku ini sebagai ibadahku yang ikhlas di sisi-Mu.” Aku pun ambil satu pisang goreng dan bagi kat dia. Lepas tu aku terus blah sambil buat bodoh dan cuba lupakan apa aku dah buat.

Orang gila tu pun sama, dah dapat pisang goreng aku, dia pun blah juga sambil sambung semula dia punya jerit-jerit dan gelak sorang-sorang tu tapi kali ni sambil makan pisang goreng yang aku bagi. hahaha.

Lantak dia la, aku nak pergi Benteng naik bas balik kolej.

SEBULAN KEMUDIAN..

Bersambung lagi der… 

Baca ‘bahagian akhir’ kisah aku dan orang gila ni di sini ye BAHAGIAN AKHIR

(Visited 32 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*