Resepi rahsia cara buat air mata kucing

This image has an empty alt attribute; its file name is Gif-BANNER-IKLAN-CARA-NAK-JUAL-AIR-BALANG-222-1.gif

Resepi rahsia cara buat air mata kucing. Secara peribadi, saya suka minum air jus mata kucing atau ada orang panggil dengan nama longan. Lagi best kalau minum masa betul-betul dahaga tengah cuaca panas ataupun masa letih lepas buat kerja berat. Minum yang air mata kucing ais lagi sedap.

Saya perati betul-betul warna air mata kucing ni warna hitam tapi warna buah mata kucing tu sendiri bukan warna hitam pun, macam mana nak buat macam tu? Tapi mungkin peniaga air mata kucing menggunakan pewarna tambahan sikit untuk naikkan warna sama macam orang buat air jambu batu, air jagung dan lain-lain.

Sejak dari saya kecil sampai lah tahun 2017 umur saya 34 tahun masa tu, barulah saya tahu macam mana peniaga buat warna hitam dalam air mata kucing. Bukan pakai pewarna tau sebab susah nak cari pewarna hitam untuk buat air minuman.

Saya dapat tahu dari kawan baru saya iaitu En. Mizan Sulaiman. Dia berpengalaman dalam dunia bisnes air balang ni dah 10 tahun dan masih aktif sampai sekarang. Alhamdulillah, sebenarnya sebenar resepi rahsia cara buat air mata kucing ni ialah buah Lo Han Kuo. Kata En. Mizan, kalau tak letak buah ni, resepi air mata kucing tak akan menjadi.

Ini adalah cara orang Cina buat air mata kucing. Buah ni adalah buah import luar negara dan susah sikit nak dapat stoknya tapi kalau rajin cari ada je tempat orang jual.

Dalam bulan Ramadan stok buah senang sikit nak dapat tapi hanya kedai-kedai tertentu je yang ada jual. Tapi resepi lebih detail dan cara-cara nak buat air mata kucing dengan cara yang betul untuk berniaga, En. Mizan ada tulis dalam ebook beliau di sini BisnesAirBalang.

So, pada tahun 2017 baru saya tauuuu sebenarnya buah Lo Han Kuo tu adalah resepi rahsia cara buat air mata kucing bagi Nampak warna hitam. Thanks bro Mizan atas perkongsian.

This image has an empty alt attribute; its file name is Gif-BANNER-IKLAN-CARA-NAK-JUAL-AIR-BALANG-222-1.gif
(Visited 38 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*