Warkah kekanda buat adinda sempena tahun 2020

Assalamualaikum.

Selamat tahun baharu 2020! (Walaupun dah pertengahan tahun, kihkihkih)

Apa khabar adinda di sana? Harap-harap sihat walafiat seperti kekanda di sini. Warkah ini kekanda coretkan ketika dalam perjalanan dari dunia menuju ke akhirat.

Kalau mata masih boleh membaca artikel ini walaupun kabur-kabur, telinga masih boleh mendengar bacaan al-Quran atau layan lagu, tangan masih boleh pegang laptop, pc atau smartphone yang canggih-manggih tu, kaki masih boleh berjalan atau main futsal, mulut masih boleh berzikir atau membawang.

https://www.hairulmusa.com/wp-content/uploads/2020/06/membawang.jpg

Kalau tekak tu masih boleh teguk teh o ais limau atau telan char kuey teow semasa ‘mengulau’, kalau usus tu masih boleh terima makanan yang berdozen-dozen, kalau sakit perut masih boleh ke toilet dengan sendiri untuk memerut dan paling nikmat… kalau otak tu masih boleh berfikir.

Alhamdulillah itu tandanya adinda masih sihat walafiat. Bersyukur lah adinda!

itu cerita bab kesihatan tubuh badan. Bagaimana dengan kesihatan kewangan adinda?

Cuba check kewangan tahun 2019 adinda sekarang!  

Berapa ada dalam tabung duit ‘syiling’ di rumah?

Berapa simpanan yang ada dalam akaun ASB atau Tabung Haji?

Simpanan anak pertama ada berapa?

Simpanan anak kedua ada berapa?

Simpanan anak ketiga ada berapa?

Dan seterusnya..

Kalau ada, alhamdulillah dan cuba tambah jumlahnya pada tahun 2020 ini ye.

Kalau tak ada, masyaAllah, itu bahaya adinda!

Walaupun selama ini pendapatan bulanan kita sesak, katanya tak cukup makan, hutang lebih banyak dari gaji, kawan-kawan asyik tuntut hutang tiap-tiap bulan, gaji bersih dalam payslip tinggal RM100 sebulan, kerja sendiri bukan kerja gomen, tak boleh menyimpan sebab duit tak banyak, kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, anak-anak ramai, sakit tenat selalu ke hospital, dah meniaga part time tapi tak banyak untung, pernah kena tipu dalam berniaga dan macam-macam lagi.

Walau apa pun alasan, apa kata bermula dari sekarang tahun 2020 ni kita cuba menyimpan walaupun sikit ye adinda. Lontarkan semua alasan di atas tu ke planet Pluto biar dia bersemadi aman di sana tanpa mengganggu kita.

https://www.hairulmusa.com/wp-content/uploads/2020/06/Planet-Pluto-1-1024x576.jpg

Tunggu ekonomi stabil dan duit banyak baru lah menyimpan!

Cer bagi sasaran atau target adinda, bila agaknya ekonomi peribadi nak stabil? Start menyimpan dari sekarang, inshaAllah nanti ekonomi peribadi adinda akan stabil.

Cer citer, bila duit adinda nak banyak? Mulakan menyimpan dari sekarang, inshaAllah nanti duit adinda akan banyak.

https://www.hairulmusa.com/wp-content/uploads/2020/06/kita-serupa.jpg

Kita sama dan serupa

Adinda, kekanda tahu kewangan peribadi adinda masih tidak stabil, gaji bersih bulanan adinda tidak lah banyak, sebab itu semua alasan negetif di atas ada dalam kepala otak adinda selama ini, kan?

Kekanda pun sama seperti adinda. Kewangan peribadi tidak lah stabil mana, pendapatan bersih pun tak seberapa, hutang dengan kawan tak clear-clear, apatah lagi hutang dalam ‘slip gaji’, lagi dashat der! Kekanda kerja gomen tapi macam kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Semua itu memang salah kekanda sendiri kerana tak ada ilmu pengurusan kewangan selama ini.

Kekanda pernah kena tipu dalam berniaga tapi bezanya kekanda bukan terjebak dalam skim cepat kaya ye! Bagi duit kat orang yang tak kenal owner nya tolong urus duit buat bisnes katanya. Oh, no! itu bukan kekanda ye adinda. Tapi kalau dinda pernah terjebak tidak mengapa, jadikan ia sebagai pengajaran meredah hidup seterusnya.

Kekanda juga pernah sakit, adinda. Sakit mata je.. (kata sesetengah kawan-kawan kekanda) Tapi sakit mata kekanda menyebabkan rosak saraf sebelah mata. Terpaksa menjalani pembedahan sebanyak tujuh kali sepanjang tujuh tahun. Pernah merasa menjadi buta kedua-dua belah mata walaupun sekarang hanya buta sebelah mata. Alhamdulillah syukur nikmat tak terhingga.

Tahukah adinda, berapa perbelanjaan rawatan dan perbelanjaan pengorbanan kekanda sepanjang menempuh tahun-tahun tersebut? Tak tahu kan? Yela, mana kekanda pernah bagi tahu dan tak akan cerita kepada sesiapa angka sebenarnya. Kak Siti pernah pernah kepada kekanda, “Biar Lah Rahsia” kekanda follow jer.

https://www.hairulmusa.com/wp-content/uploads/2020/06/Biarlah-Rahsia.jpg

Apa saje alasan yang ada dalam otak adinda tu, rasanya semua juga ada dalam kepala otak kekanda.

Tapi semua itu bukan penyebab kekanda tidak pernah menyimpan atau menabung. Kekanda dan isteri pertama kekanda setia menyimpan, yang beza hanya pada jumlahnya. Ada bulan simpan sikit, ada bulan simpan banyak dan yang paling banyak ialah simpan sikit. Peace yow…

Tapi kan adinda, setiap akhir tahun kekanda tengok dalam akaun ASB dan tabung ‘syiling’ tetap ada duit juga walaupun kadang-kadang tak banyak mana. Alhamdulillah ada juga daripada tak ada langsung, tapi mimpi menggunung. Tak gitu adinda?

https://www.hairulmusa.com/wp-content/uploads/2020/06/Idea_images.png

Cadangan kekanda untuk kita bersama

Adinda, bermula tahun 2020 ini, pasang lah azam dan bina semangat baharu dalam pengurusan kewangan ye.. Mulakan menyimpan atau menabung walau banyak atau sedikit mana pun pendapatan bulanan adinda.

Jika rasa pendapatan bulanan adinda tak banyak, cubalah menyimpan sikit-sikit seperti mana kekanda juga pernah lakukan.

Adinda, sebagai tanda cinta dan sayang kekanda kepada kesihatan kewangan adinda, kekanda ada beberapa cadangan untuk adinda sebagai cara bagi memulakan rawatan kesihatan kewangan adinda bermula dari sekarang tahun 2020 ini.

Cara ini adalah sesuai untuk golongan marhain yang pendapatan bulanannya tak seberapa dan baki gaji bersihnya juga tak seberapa sama seperti kekanda.

Sebagai memberi galakan, semangat dan keseronokan dalam aktiviti ini, kekanda telah berikan nama-nama yang indah kepada teknik ini.

Oleh kerana kekanda cerita ini adalah perihal adinda dan mereka yang pendapatannya tak banyak mana seperti kekanda juga, jadi kekanda namakan teknik ini ialah Simpanan Ciput.

Ada beberapa cara Simpanan Ciput ini iaitu;

#1 Tabung Seposen

Tabung Seposen adalah tabung simpanan sampingan. 

Lokasi: Di rumah

Sumber: Mana-mana duit sepuluh sen yang ada

Cara-cara;

Wujudkan satu tabung khas untuk simpan duit syiling sepuluh sen (seposen) adinda .

Terbaik cari bekas yang tak nampak isi dalamnya dan susah nak buka. Contohnya tong gas, alat pemadam api, buluh perindu, peti besi berpalang (buang kunci dalam laut), helmet full face dan ikut suka adinda lah, janji tabung!

Dapat je duit syiling seposen, adinda jangan belanjakan tapi masukkan dalam tabung seposen tersebut.

*Akan datang adinda cuba wujudkan pula ‘Tabung Warna’ dan simpan duit mengikut warna sama ada biru, hijau, merah, kuning atau jingga.

#2 Tabung AES (TAES)

Lokasi: Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji (TH)

Sumber:

Pendapatan bulanan seperti gaji, bonus, claim, upah dan lain-lain

Gaji/upah melalui kerja sendiri atau kerja part time

*kerja part time tu sama ada kerja lain seperti di kedai makan pada sebelah malam atau gaji/upah daripada bisnes part time sendiri

Jumlah: Jika mampu sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan bulanan tersebut. Jika tak mampu mulakan dengan lebih rendah sama ada 5%, 3% atau 1%

Cara-cara;

Buka akaun ASB atau TH

Setiap bulan, masukkan minima 10% dari pendapatan adinda sama ada bayar melalui transfer online dari Maybank, melalui potongan auto debit atau potongan gaji. Semua cara-cara nak buat tu adinda boleh tanya petugas di kaunter ye, kekanda tak kuasa nak cerita semua.

Jika menggunakan transfer online melalui Maybank2u, caj RM1 akan dikenakan oleh Maybank. Adinda jangan berkira dan kedekut sangat ye.

Contoh:

Pekerja makan gaji / ada slip gaji

Anggaran peratus simpanan: 3%

Baki bersih dalam slip gaji: RM500

Gaji atau upah dari bisnes part time sendiri: RM30

Jumlah: RM530

RM530 x 3% = RM15.90 sebulan (TAES)

Jika adinda bekerja sendiri yang tiada ‘slip gaji’, adinda perlu catatkan setiap gaji/upah yang pernah diterima dan buat simpanan mengikut kiraan yang sama seperti di atas.

#3 Tabung Anak

Lokasi: Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji (TH)

Sumber:

Pendapatan bulanan daripada mak bapak anak tu. Siapa lagi, duit adinda lah tu!

Duit hadiah yang orang bagi kat anak. Jangan rembat duit anak ye adinda. Kalau dah lepas tu tak apa lah, nanti dinda ganti balik ye.

Cara-cara;

Buka akaun ASB atau TH untuk anak.

Dari pendapatan dinda setiap bulan, masukkan jumlah tertentu yang mampu contohnya  RM50, RM30, RM10, RM5 atau RM1 untuk setiap seorang anak.

Bayar sama ada melalui transfer online dari Maybank, melalui potongan auto debit atau potongan gaji. Macam mana cara nak buat tu dinda boleh tanya petugas di kaunter ye, kekanda dah cakap tadi, tak kuasa nak cerita semua. Jangan marah..

Jika menggunakan transfer online melalui Maybank2u, caj RM1 akan dikenakan oleh Maybank macam biasa.

Walaupun jumlahnya nampak sikit tetapi tetap ada simpanan, adinda.

Menyimpan sikit-sikit ni, kalau bulan pertama rasa macam bila nak kaya?

Tapi bila hujung tahun je rasa macam “eh, ada juga duit.. walaupun tak kaya”

Jika umur panjang, selepas 20 tahun tanpa disedari akan terasa pula..”eh, banyak lah juga, rasa macam orang kaya pula”.

Kekanda juga akan turut bersama dinda dalam merealisasikan Simpanan Ciput ini dan kita cuba lah konsisten atau istiqomah dalam perjuangan ini hingga ketitisan air liur yang terakhir. InshaAllah.

Ainda, kalau masih banyak alasan dan negetive thinking dalam kepala otak adinda untuk tak nak menyimpan atau menabung, terpulang lah pada adinda.. kekanda tak boleh buat-apa.

Kekanda cuma memberi nasihat yang mungkin nampak tak berguna kerana kekanda pernah dianggap jantan tak guna. 10 tahun lagi mungkin adinda masih sama seperti sekarang. Masa itu baru adinda rasa.

Selamat berjuang adinda! Lambat tinggal!

*Pendapatan bulanan= Tak kisah adinda nak kira dari gaji keseluruhan atau gaji bersih, ikut atas kemampuan.

**Adinda dalam artikel ini = anda

(Visited 42 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*