Apa nak buat kalau gaji bulanan tak cukup?

Hidup di zaman sekarang memang mencabar, segala-galanya mencabar tetapi dalam artikel ini saya nak focus pada cabaran dalam mencari rezeki. Bagi sesetengah orang yang bekerja makan gaji atau yang bergantung pendapatan dari sumber gaji bulanan, sudah tentu cabaran yang dihadapi ialah apabila gaji bulanan sedia ada itu tidak cukup. Kadang-kadang sampai perlu berhutang dengan orang lain untuk menampung belanja diri dan keluarga sehingga hujung bulan. Jadi, apa nak buat kalau gaji bulanan tak cukup?

Coretan ini hanya lah pendapat, pandangan dan cadangan peribadi saya sahaja berdasarkan pengalaman, ilmu dan kajian sendiri. Jika sesuai untuk anda yang nak amalkan boleh ambil serta cuba praktikkan dan bagi yang rasa tak sesuai, no problem… sekurang-kurangnya boleh jadi bahan bacaan tambahan anda.

Apa nak buat kalau gaji bulanan tak cukup? Pada pendapat saya, ada 3 perkara yang perlu kita lakukan iaitu:

1. Kurangkan belanja

a) Kurangkan belanja bermaksud belanja hanya pada yang betul-betul perlu dan penting sahaja. Kadang-kadang dalam hal ini anda perlu kepada ikat perut. Sebagai contoh, jika makan nasi untuk anda dan keluarga, beli lauk yang jimat sahaja seperti memilih ayam berbanding ikan kerana ayam boleh tahan lebih lama dan lebih murah berbanding ikan. Bagi yang tak makan ayam pula boleh pilih ikan yang sesuai dan harga paling rendah berbanding ikan yang lain.

b) Bagi lauk kategori ‘special’ seperti sea food, daging dan lain-lain yang agak mahal, kalau teringin sangat, beli hanya sebulan sekali atau dua minggu sekali sahaja.

c) Kalau boleh, amalkan tabiat menulis perbelanjaan harian. Setiap belanja harian mesti tulis sama ada di smartphone (save dalam emel) atau tulis dalam buku dan lain-lain. Tujuannya adalah pada setiap hujung bulan kita dapat lihat berapa jumlah perbelanjaan dan apa yang kita beli. Dari sini kita dapat tengok dan nilai balik benda apa yang sepatutnya kita perlu beli dan apa yang tak perlu beli pada bulan berikutnya.

2. Tambah pendapatan

Jika gaji bulanan anda tak cukup, nak tak nak anda mesti cari pendapatan tambahan sebagai menampung perbelajaan tambahan sekurang-kurangnya kita tak meminjam dari orang lain dan menyusahkan orang lain.

Cara untuk buat pendapatan tambahan ialah:

a. Buat kerja sambilan pada waktu selain kerja hakiki anda seperti ambil upah di kedai makan, kedai cuci kereta dan lain-lain pada waktu malam atau siang atau pada hujung minggu.

b. Buat kerja sendiri sebagai penghantar dan pemandu seperti pemandu Grab, MyCar, penghantar makanan Grab Food, Food Panda dan lain-lain.

c. Bisnes sendiri. Bisnes sendiri tak semestinya anda perlu ada modal yang banyak, kadang-kadang tak perlu modal pun boleh buat bisnes sendiri terutama bisnes online. Antara bisnes yang boleh anda buat ialah bisnes di marketplace seperti Shopee?, Lazada dan lain-lain. Kalau tak ada produk sendiri boleh je jual produk orang lain secara dropship atau jadi affiliate. Kalau nak belajar, sila rajinkan diri cari di google, youtube dan lain-lain saluran di internet.

3. Jangan tambah hutang

Yang ni penting, buat masa ini lebih baik jangan menambah hutang sama ada hutang peribadi dengan kawan-kawan atau dengan bank. Cuba sedaya upaya tahan diri dari berhutang sehingga lah kita rasa keadaan kewangan agak baik baru boleh berhutang, tu pun hutang yang baik seperti hutang membeli eset dan yang seumpanya.

Itulah sekadar pandangan saya apa nak buat kalau gaji bulanan tak cukup berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain dan juga berdasarkan ilmu yang saya cari untuk kegunaan sendiri kerana saya sendiri pun sekarang sama… masih lagi tergolong dalam kategori pendapatan yang tak seberapa dan gaji tak berapa cukup dek kerana banyaknya hutang jahat yang dibuat dan pengurusan kewangan tanpa ilmu sebelum ini.

Tetapi, saya sedang berusaha keluar dari masalah tersebut perlahan-lahan. InshaAllah akan berjaya dan saya juga doakan anda juga berjaya, aamiin.

Terus terang saya cakap, sepanjang saya lakukan tiga perkara di atas saya dapat rasa perubahan positif dan inshaAllah anda juga boleh. Yang penting kena ada semangat, sabar dan rajin. Kalau malas juga, “tak dapek den nak nolong eh!”

Ok, selamat beramal dan good luck kawan!

(Visited 42 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*