Cara tebus ePenjana RM50 dari Touch ‘n Go eWallet

Apa itu e-Penjana?

e-Penjana adalah program pemberian RM50 kredit (ke dalam e-wallet) kepada rakyat Malaysia yang layak sebagai salah satu inisiatif kerajaan di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) untuk membantu merancakkan perbelanjaan oleh pengguna di Malaysia.

Ia juga merupakan salah satu inisiatif kewangan yang diberikan kerajaan ketika dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) akibat penularan Covid-19.

Syarat kelayakan

Syarat kelayakan untuk pemohon ialah:

  1. Rakyat Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Mempunyai pendapatan tahunan kurang dari RM100,000

Tempoh permohonan

Rakyat Malaysia yang layak boleh membuat permohonan ePenjana dari 31 Julai 2020 sehingga 24 September 2020.

Tempoh masa penggunaan

RM50 kredit yang telah ditebus mesti digunakan sebelum atau pada tarikh akhir penggunaan iaitu 30 September 2020. Selepas tarikh tersebut jika tidak digunakan, kredit tersebut akan dipulangkan semula kepada kerajaan secara automatik.

e-Wallet yang dibenarkan

Untuk menebus kredit e-Penjana RM50 tersebut, anda boleh memohon melalui salah satu daripada syarikat e-wallet yang diiktiraf kerajaan sahaja iaitu Boost, Grab Pay dan Touch ‘n Go eWallet. Jadi, anda mesti muat turun salah satu daripada tiga jenis eWallet tersebut.

Pada masa yang sama, pemohon disarankan untuk memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengemaskini maklumat peribada serta memastikan nama anda adalah sama seperti dalam kad pengenalan termasuk ejaan bin, binti, A/L, A/P, S/O, D/O.

Cara permohonan

Bagi pengguna yang telah kemaskini maklumat peribadi di aplikasi MySejahtera, anda boleh buat permohonan melalui e-wallet masing-masing.

Tebus melalui Touch ‘n Go eWallet

Oleh kerana saya pengguna Touch ‘n Go eWallet, saya boleh kongsikan kepada anda yang sama menggunakan eWallet tersebut.

Bagi pengguna Touch ‘n Go eWallet yang ingin menebus kredit ePenjana RM50 ini, anda boleh ikuti langkah mudah berikut:

1. Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

2. Jika akaun anda sudah disahkan aktif, secara automatik akan keluar banner digital iklan makluman ePenjana ‘Claim Now’ seperti berikut dan anda hanya perlu klik banner tersebut.

3. Kemudian akan keluar paparan makluman berikut dan anda perlu klik ok dalam kotak berwarna biru di bawah.

4. Kemudian ikuti langkah seterusnya seperti yang diminta. Setelah permohonan anda berjaya, kredit RM50 tersebut akan mengambil masa 5 hari waktu bekerja untuk dimasukkan ke dalam eWallet anda. Harap bersabar ok.

5. Selepas dah selesai semuanya, anda akan menerima makluman seperti di bawah.

Kredit eWallet RM50 yang anda terima nanti boleh digunakan untuk membeli perkhidmatan atau produk terpilih mengikut syarikat eWallet pilihan anda masing-masing.

Ok kawan, semoga anda semua dimurahkan rezeki yang halal dan selamat maju!

(Visited 56 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*