Cara ‘delete’ akaun Facebook

Mungkin ada di kalangan anda yang memiliki akaun Facebook lebih daripada satu akaun. Sama ada untuk bisnes,sama ada sebab masalah pada setting di FB, masalah tak pandai sebab baru berkecimpung dalam dunia FB, masalah dah bosan dengan FB, masalah putus cinta, masalah keluarga, masalah penghadaman atau lain-lain masalah.

Kalau anda nak ‘delete’ salah satu akaun FB tersebut, boleh ikut cara di bawah.

1. Log in akaun FB anda yang nak delete tu.

2. Kemudian klik pada link ini Tolong delate akaun fesbuk ni, please..

3. Akan keluar ‘pop up’ di bawah ni. Anda klik Delete Account pada kotak warna biru di sebelah kanan bawah sekali tu.

 4. Seterusnya masukkan password akaun Facebook anda yang sekarang untuk pengesahan bahawa akaun ini adalah diri anda sendiri bukannya orang lain. Kemudian klik Continue.

5. Kemudian akan keluar ‘pop up’ di bawah yang memberi makluman jika anda padam akaun facebook anda ini, Facebook akan beri masa 30 hari untuk padam secara kekal dan dalam masa 30 hari tersebut anda masih boleh batalkan permohonan untuk padam akaun ini jika nak. Jika anda setuju  nak teruskan padam akaun FB anda ini, klik je sekali lagi pada Delete Account di bawah.

Kalau anda memang betul-betul nak padam, anda hanya perlu tunggu sahaja selepas 30 hari.

6. Setelah selesai, akan keluar sekali lagi ‘pop up’ makluman yang Facebook akan beri masa 30 hari untuk padam akaun FB anda secara kekal dari alam maya yang fana ini. Jadi, dalam masa 30 hari tersebut kalau tetiba anda rasa menyesal dan tak jadi nak padam, anda masih boleh akifkan semula akaun Facebook tersebut dengan ‘log in’ semula seperti biasa.

7. Pada hari lain dalam masa 30 hari, jika anda nak akifkan semula akaun FB tersebut, hanya perlu masuk ke website www.facebook.com atau buka aplikasi Facebook di smartphone dan ‘log in’ akaun FB anda seperti biasa. Apabila keluar ‘pop up’ seperti di bawah, anda hanya perlu klik pada Cancel deletion berwarna biru di bawah.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba, kawan!

*Kemas kini artikel ini dibuat pada hari isnin, 3 Ogos 2020. Mungkin akan datang lain pula setting yang akan dibuat oleh FB untuk delete akaun ni. Biasala, Setting Facebook sentiasa berubah dan dikemas kini.

(Visited 13 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*