Apa yang istimewanya air Detox?

Peniaga-peniaga air balang sekarang memang sudah semakin ramai. Kat mana-mana ada je orang jual air balang. Oleh sebab itu persaingan bisnes air balang ni juga mendapat persaingan yang sengit. Siapa yang jual air sekadar biasa-biasa saje, confirm jualannya pun biasa-biasa juga.

Tapi dalam keadaan yang penuh dengan persaingan sekarang, saya tertarik dengan seorang peniaga air balang ni yang mana, ramai pelanggannya membuat tempahan jus air detox untuk majlis mereka. Apa yang istimewanya air detox ni? Jadi, saya pun cuba buat sedikit kajian apa yang menyebabkan ia mendapat sambutan.

Saya salah seorang yang lambat kenal air detox ni sebab tu masa mula-mula dulu saya tengok air apa kebenda ni, pelik je rupanya dan macam-macam ada kat dalam air tu. Siap ada daun pudina dan daun serai lagi. Ni air minuman ke resepi masakan? Tapi terus terang, walaupun nampak pelik tapi tetap menarik sebab nampak je dah macam segar gitu! Terus jadi dahaga.

Oleh kerana perasaan ingin tahu, saya pun cuba beli satu dan bertanya sikit-sikit kepada brader yang jual tu. Apa yang istimewannya air detox ni? Sebenarnya ia juga dikatakan jus herba sebab ada letak serai, daun pudina, buah lemon, asam boi dan macam-macam lagi. Sebab tu nama dia jus detox. Ooo.. baru saya tahu.

Jadi, saya pun cuba minum secawan. Fuhh!! Memang detox! Rasanya yang masam-masam manis dek kerana asam boi, buah lemon dan laicinya, ada berangin-angin dek kerana daun pudina dan serainya. Ditambah pula bila minum dengan ais yang sejuk dalam keadaan memang tengah dahaga di waktu tengahari yang panas terik membara.. fuhhh..meleleh.

Patutla dalam perkhidmatan katering air balangnya juga sekarang semakin ramai pelanggan membuat tempahan jus detox dari beliau. Memang puas hati. Mungkin ramai orang yang kena dengan seleranya walaupun saya pasti bukan semua orang suka dengan jus detox ni.

Jadi, pendapat saya, pada tahun 2020 ni bagi anda yang berniaga air balang, jangan lupa cuba jual juga air detox dalam bisnes anda. Mana tahu ada rezeki lebih kat situ. Mungin ada ramai pelanggan yang tak pernah rasa air ni dia akan cuba beli dari anda sebab dia mesti nak tahu apa yang istimewanya air detox ni. Sama macam saya juga mula-mula dulu. Bagi pelanggan yang dah memang tahu dan minat air detox ni, confirm mereka akan lagi suka sebab anda ada tambah jual air kegemaran mereka.

This image has an empty alt attribute; its file name is Gif-BANNER-IKLAN-CARA-NAK-JUAL-AIR-BALANG-222-1.gif

(Visited 12 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*