Hebat sangat ke kerja sebagai pencuci bangunan?

Setiap pagi waktu nak pergi kerja saya akan lalu sebelah bangunan Tabung Haji cawangan Putrajaya. Disebabkan dah hari-hari lalu situ semenjak 3 tahun lepas, saya jadi macam dah tak perasan kewujudan bangunan tu. Maklumlah, hari-hari lalu lalang kat situ dah jadi biasa, nampak pun macam biasa je. Orang beratur panjang nak berurusan di Tabung Haji tu pun dah biasa.

Tapi pada suatu hari, lepas parking kereta saya pun berjalan kaki di tepi bangunan tersebut untuk ke tempat kerja. Dalam perjalanan, tiba-tiba saya rasa ada air menitik atas kepala dan badan saya macam tempias hujan rintik-rintik gitu. Oleh kerana kepala saya botak jadi, apa-apa makhluk yang singgah di kepala saya, mudah untuk saya ‘detect’ tanpa alat pengesan. “Mesti nak hujan ni…”, bisik hati saya membuat andaian dan ramalan tanpa ilmu, kononnya hebat ala-ala Detektif Conan!

Ingatkan betul-betul hujan tapi bila saya pandang ke atas, rupa-rupanya ada 5 orang abam-abam ensem tengah cuci bangunan Tabung Haji tu. “Haa… kan dah kena, hebat sangat ke ramalan kau?”, tegas hati saya kepada hati saya.

Bila tengok semula abam-abam pencuci bangunan tu, rasa sayu hati ni.. Itulah kerja diorang demi mencari rezeki untuk keluarga. Sanggup panjat dan bergantung kat bangunan tinggi macam tu. Pegang paip air, kain lap dan baldi berisi air lagi. Nampak memang macam selamat sebab ada tali keselamatan tapi bila tengok diorang tergantung atas angin dan kaki tak pijak apa-apa macam tu, subhanallah.. Terbayang pula isteri dan anak-anak abam-abam pencuci bangunan tu gembira bila dapat makan, dapat mainan dan dapat travel check in hotel bajet pada hari cuti, semuanya duit hasil dari kerja mencuci bangunan. Alhamdulillah.

Dalam keadaan abam-abam tu tergantung waktu cuci bangunan, saya tengok diorang hepi je. Siap bersembang dan menyanyi lagi. Yela, dah itu kerja diorang, mesti kena hepi-hepi baru seronok kerja. Takkan nak cuci bangunan tu sambil menangis kesedihan, ye tak?

So, dari kejadian tu, kita yang yang bekerja dalam opis ada ekon, selesa atau kerja yang tak perlu panjat-panjat bangunan ni kena bersyukur sangat-sangat. Cubalah bekerja dengan sebaik mungkin dan tak terlalu berkira.

Bagi saya, kejadian ini sebenarnya juga menjadi salah satu sumber inspirasi saya untuk bekerja dengan lebih bersemangat. Jawatan diorang mungkin tak semenggah macam yang kita nak tapi jasa dan manfaat dia, kita yang tak semenggah ni juga lah yang dapat merasa tanpa kita sedar. Apa manfaat dia untuk kita? Jawapan dia kita fikirlah sendiri.   

Memang kerja apa-apa pun ada bebanan dan risiko masing-masing tapi saya bersyukur sangat kerja saya sekarang tak berhadapan risiko untuk jatuh bangunan macam abam2 ni. Minta jauhla.

Tahniah abam pencuci bangunan, semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kerja, memberi keselamatan dan melimpahkan rezeki yang halal untuk abam semua dan membuatkan isteri dan anak-anak abam hepi sangat-sangat. Aamiin.

(Visited 40 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*