Nak jual air balang selepas PKP?

This image has an empty alt attribute; its file name is Gif-BANNER-IKLAN-CARA-NAK-JUAL-AIR-BALANG-222-1.gif

Nak jual air balang selepas PKP? Alhamdulillah syukur kerana kerajaan Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini akan diganti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos 2020 (Fasa Pertama) dan kini disambung ke Fasa kedua hingga akhir tahun 2020.

Dengan PKPP ini, banyak sektor ekonomi telah diberi kelonggaran dan dibuka untuk beroperasi termasuk pasar tani, pasar malam dan yang seangkatan dengannya. Anda boleh merujuk page facebook rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di link ini https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/ untuk mendapatkan maklumat terkini yang rasmi.

Bermakna, peniaga air balang pun dah boleh merancang dan merangka strategi untuk beroperasi semula. Bagi yang baru ada cita-cita nak jadi usahawan air balang pun boleh juga cuba jalankan bisnes dengan jual air balang ni. Belum cuba belum tahu hasilnya. Bila dah cuba, katakan rasa tak berapa menjadi, maka boleh lah ‘stop’ atau jalankan bisnes lain pula. Jika ada rezeki menjadi, mana tahu, boleh lah dijadikan bisnes untuk jangka masa panjang sama ada secara ‘pat time’ atau ‘full time’.

Tapi kena ingat, peniaga perlu memahami dan mematuhi SOP menjalankan perniagaan semasa PKPP dalam suasana atau keadaan norma baharu (kebiasaan baharu). Maknanya, perlu ingat dan amalkan SOP seperti penjarakan sosial di antara pekerja walaupun pekerjanya ada 2 orang je.

Pada masa yang sama wujudkan juga SOP kepada pelanggan dan sentiasa pantau dan memberi peringatan. Kadang-kadang peniaga dah ok ikut SOP tapi pelanggan pula yang main redah je sama ada dia lupa ataupun memang saje2 buat tak tahu, maklumlah dia bukan mengidap Covid-19 so, buat macam tak bersalah.

Berbalik kepada topik asal kita, ada orang tanya boleh ke nak jual air balang selepas PKP? Sebab mungkin pelanggan dah tak ramai lagi seperti dulu disebabkan Covid-19 dan PKP. Jawapan saya, boleh jer! Terpulang pada keyakinan anda. Jika berminat atau nak mencuba boleh je hadap… kerana bagi saya, bisnes air balang masih ada permintaan walaupun hanya dijual di tepi jalan.

Antara sebabnya ialah sepanjang PKPP nanti banyak kelonggaran yang kerajaan telah berikan seperti kebenaran merentas negeri, boleh melancung dalam negara dan beberapa kelonggaran lain. Bermakna, mungkin ramai yang akan mula keluar nanti sama ada melancong, nak balik kampung ziarah mak ayah, bawa anak-anak bersiar-siar, makan angin dan lain-lain. Dengan perkembangan ini, sektor ekonomi dijangka akan lebih meriah dan menuju pemulihan. Bagi saya, peniaga air balang perlu ambil peluang yang ada ini.

Yang penting, semua kena ingat sama ada peniaga atau pelanggan, kita sekarang berada dalam kehidupan kebiasaan baharu (norma baharu) maknanya banyak perkara baru yang kita kena ambil perhatian dan amalkan dengan tujuan bagi mengurangkan dan pencegahan penyebaran Covid-19 selagi vaksin Covid-19 belum dihasilkan. Peniaga air balang juga mesti merancang apa yang perlu disediakan bagi mematuhi SOP PKPP ini.

So, macam mana? Apa pendapat anda peniaga air balang semua? Nak jual air balang selepas PKP tak? Bagi saya, dah nama pun peniaga air balang, tak kan tak nak kot.. ye idok?Kena berani hadap la bro!

Bagi anda yang baru nak menceburi bidang jual air balang ni pula, boleh je kalau nak mencuba ok.. Kalau tak tahu cara dan tak tahu resepi air balang apa yang nak jual, anda boleh melabur sikit untuk ilmu dahulu dengan belajar cara-caranya melalui Panduan Bisnes Air Balang ini. Penulis ada tunjukkan cara nak mulakan berniaga air balang dan lebih 20 resepi akan diberikan kepada anda yang berminat.

This image has an empty alt attribute; its file name is Gif-BANNER-IKLAN-CARA-NAK-JUAL-AIR-BALANG-222-1.gif

Semoga bermanfaat dan good luck kawan!

(Visited 24 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*