Hargai guru dengan adab

Dulu masa zaman belajar di sekolah rendah, menengah dan kolej, saya selalu beranggapan cara kita nak balas jasa dan menghargai guru yang mengajar kita selama ini mesti dengan kejayaan kita di masa hadapan. Fokus kejayaan masa tu hanyalah kejayaan dalam pekerjaan.

Maknanya kalau suatu hari nanti kita dapat kerja yang baik, jawatan tinggi, dapat kerja kerajaan, dapat gaji besar, pakai kereta besar, rumah besar dan segala-galanya besar. Masa tu mungkin cikgu atau pensyarah kita dulu akan berbangga dengan kita.


Sekarang bila umur saya dah masuk 37 tahun, dah ada isteri dan anak, saya teringat kata-kata cikgu dan pensyarah dulu lebih kurang begini..

“Ketika belajar kita kena menghormati dan jaga adab dengan guru”.

Tapi apa kaitannya cerita saya di atas dengan adab kepada guru?

Rupanya-rupanya, menghargai guru bukan sahaja dengan kejayaan dalam kerjaya, tapi jadi manusia yang beradab sepanjang hayat itu adalah balasan yang boleh membuatkan seorang guru rasa terharu dan rasa dihargai.


Kerana dari zaman belajar kita beradab dengan guru, di alam kerjaya dan kehidupan seterusnya sama ada hebat atau tidak, kita juga tetap beradab dengan kawan-kawan dan masyarakat. Maknanya kita dengar nasihat dia dulu, bukan sekadar hormat dan beradab terhadap diri dia tapi terhadap semua orang juga.

Bayangkan sekarang, ada cikgu dan pensyarah kita dulu terdengar cerita baik kita dari orang lain ataupun kebetulan terjumpa kita yang masih hidup dengan penuh beradab dalam zaman yang makin hilang adab. Alangkah bahagianya hati dia seorang guru. Rasa sangat dihargai.. sangat dihargai.. sangat dihargai.

Hati guru mungkin berkata: “Terima kasih kerana pernah menjadi murid aku dulu”.

#cubaberadabsepanjanghayat

(Visited 11 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*