Cara Memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tahun 2021 Bagi Ibu Tunggal

Alhamdulillah, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi tahun 2021 telah pun dibuka pendaftarannya pada tarikh 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021 (Jangan terlepas bagi sesiapa yang belum mohon).

Semua penerima yang pernah dapat bantuan ini sebelum ini sama ada sewaktu nama lamanya Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) atau Bantuan Sara Hidup (BSH), anda perlu membuat kemas kini terbaru jika hendak memohon BPR bagi tahun 2021. Kemas kini tersebut boleh dibuat di portal rasmi di sini dengan memasukkan no. kad pengenalan anda dan klik Daftar Akaun.

Untuk bantuan BPR bagi tahun 2021, kelayakannya dikira berdasarkan pendapatan isi rumah (termasuk suami isteri) RM5,000 ke bawah / sebulan. Jadi, jika anda berada dalam kategori ini boleh mohon segera. Anda juga boleh dapatkan maklumat penuh tentang syarat-syarat kelayakan BPR di portal rasmi di sini.

Bagi ketua keluarga terutama para suami yang sudah ada pengalaman mengisi borang permohonan bantuan ini, mungkin akan rasa mudah untuk untuk membuat kemas kini borang tersebut.

Tetapi bagi mereka yang tak ada pengalaman seperti ibu tunggal yang baru bercerai atau baru kematian suami, mungkin akan terasa sedikit susah dan mungkin juga memerlukan bantuan orang lain untuk kemas kini dan membuat pendaftaran BPR tersebut terutamanya bagi mereka yang sebelum ini, mungkin suaminya yang uruskan permohonan bantuan tersebut.

Dalam artikel ini saya tumpukan cara kemas kini atau permohonan baru BPR bagi ibu tunggal. Terutamanya yang ada anak dan kategori pendapatan RM5,000 ke bawah. Lebih-lebih lagi kalau ibu tunggal tersebut tidak bekerja sebelum ini. Nasihat saya, mohonlah bantuan ini.. sekurang-kurangnya dapat tambahkan sedikit sumber kewangan untuk menyara diri dan anak-anak.

Cara mohon BPR bagi ibu tunggal lebih kurang sama sahaja tetapi bezanya kalau dulu mungkin menggunakan no. kad pengenalan suami anda, tetapi kali ini perlu masukkan no. kad pengenalan anda sendiri sebagai pemohon (mohon baru). Anda disaran supaya membuat Permohonan Baru. Kemudian masukkan maklumat lengkap anda semua seperti pekerjaan dengan kadar pendapatan sebulan, maklumat anak (jika ada), nombor akaun bank dan lain-lain.

Selain itu, saya nak ingatkan bahawa pada ruangan Status Perkahwinan, anda pilih Kematian Pasangan dan pada ruangan Dokumen Sokongan, di ruangan Jenis Dokumen, anda perlu masukkan dokumen penting iaitu Sijil Kahwin, Sijil Cerai/Sijil Kematian Pasangan dan sijil lahir anak. Ambil gambar guna smartphone je dan ‘upload’ (muat naik) dalam borang permohonan tersebut.

Tetapi pendaftaran online ini, hanya 4 orang senarai nama anak yang boleh dimasukkan dan dokumen yang boleh di upload hanya 3 dokumen sahaja.

Oleh itu, saya rasa lebih baik kalau dapat anda buat salinan pergi potostat semua dokumen iaitu ked pengenalan anda, kad pengenalan/sijil lahir anak-anak, sijil nikah dan sijil kematian suami.

Sebab apa? Kerana dalam pendaftaran tersebut ada dinyatakan sila muat naik dokumen atau sila bawa dokumen asal (original) dan salinan ke cawangan LHDN terdekat untuk pengesahan.

Slinan dokumen tersebut bagi saya elok anda jadikan sebagai persediaan atau standbye jika permohonan pertama ini tidak berjaya. Biasanya selepas itu akan ada rayuan dan semasa proses rayuan tu nanti anda boleh hantar dokumen asal dan salinan tersebut untuk pengesahan.

Tetapi lebih baik, dari permohonan pertama sekarang, iaitu selepas anda menghantar permohonan online ini, dalam masa 7 hari selepas daftar online ini, anda terus hantar dokumen asal dan salinan tersebut ke cawangan LHDN terdekat untuk pengesahan. Itu lebih baik.

Dokumen tersebut adalah penting sebagai bukti bahawa status anda sekarang adalah ibu tunggal dan anda perlukan bantuan kewangan tersebut untuk menampung perbelanjaan diri anda dan anak-anak.

Semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada anda yang benar-benar memerlukan dan saya doakan semoga sesiapa yang memohon BPR ini dan kebetulan memang sangat-sangat memerlukan… semoga permohonan anda LULUS, aamiin.

Ingat, tarikh akhir permohonan BPR 2021 ialah pada 15 Februari 2021. Jangan terlepas.

Good luck kawan!

(Visited 417 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*