Betul ke air kelapa muda boleh rawat chicken pox?

Betul ke air kelapa muda boleh rawat Chicken Pox? Secara jujurnya saya tak pasti, kerana saya bukan doktor dalam bidang perubatan moden atau tradisional. Tetapi artikel hanya kisah pserkongsian pengalaman saya sahaja. 

Tentu ramai ibu bapa yang tahu apa itu ‘chicken pox’ kan? Ia adalah sejenis penyakit kulit yang sinonim dijangkiti oleh kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun. Ada juga bila dah besar pun kena. Saya juga pernah dengar dari cerita-cerita oranglaa… Setiap orang biasanya akan kena penyakit chicken pox ni sekurang-kurang sekali dalam seumur hidup. Entah betul entah idokk.  

Alkisahnya pada tahun 2017, anak sulong saya yang berumur 6 tahun tiba-tiba je ada naik bintik-bintik dan berbiji kat badan dan tengkok dia. Saya tanya dia gatal ke tak? Dia cakap tak gatal.

Kebetulan beberapa hari kemudian, mak saya dari kampung, datang ke rumah yang saya sewa di Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda, Kajang pada waktu itu. Mak suruh beli air kelapa muda dan bagi anak minum. Masa tu tak tahu lagi kat badan kakak tu chiken pox. Tengok tempat lain kat badan dia ada naik macam kudis. Bila pergi klinik, doktor cakap itu memang chicken pox.

Saya teruskan bagi minum air kelapa sehari sekali untuk beberapa hari. Alhamdulillah naik tak banyak. Kat muka pun ada dua tiga bintik je. Kat belakang sikit dan kat kaki sikit. Apa lagi beli kelapa muda banyak-banyak bagi dia minum hari-hari. Tengok dalam tiga hari lebih kurang, bintik dah kering dan berkuping.

Dalam dua minggu si adik pulak naik chiken pox, berjangkit dengan kakak dia agaknya. Pergi la cari kelapa muda lagi sampai orang jual kelapa tu tanya kenapa beli banyak-banyak, hehe… Alhamdulillah macam kakak dia jugak, bintik naik sikit je dan kat muka tak ada langsung bitnik-bintik.

Selang beberapa hari selepas itu, kebetulan bawa adik dia ke klinik hadir temu janji, nurse cakap memang cepat baik kalua minum air kelapa ni tapi takut chiken pox keluar tak habis dan mungkin naik balik nanti. Saya perhati jugak kat badan kakak dan adik dia, setakat enam bulan selepas tu takdek naik lagi bintik-bintik, Alhamdulillah ok je sampai sekarang tahun 2021, memang tak ada naik dah bitnik-bintik chicken pox tu pada badan diorang. Tak tahu lah pada masa akan dating. Harap-harap taka da la naik lagi.

Itulah alkisahnya pengalaman anak-anak saya kena chicken pox. Mungkin setiap orang berbeza pengalamannya dan mungkin ada petua lain. Bagi pengamal perubatan pula sama ada tradisional atau moden ada pendapat atau khilaf masing-masing, cuma saya ceritakan ini adalah pengalaman saya sahaja.

Saya sendiri pun tak pasti betul ke air kelapa muda ni boleh membantu dalam masalah chicken pox anak-anak ni. Apa yang berlaku pada anak saya setakat ni Alhamdulillah ia betul… sebab berkesan dan membantu dengan izin Allah. Bagi orang lain tak tahu la pulak. Kalau anda nak cuba apa salahnya kan? Tak susah pun, cari air kelapa muda dan bagi minum. Mudah!

ANDA NAK TAHU LEBIH 20 RESEPI DAN CARA MULAKAN BISNES AIR BALANG? KLIK DI SINI!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*