Welcome back to me…

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Salam perkenalan dari saya kepada anda semua. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini, sama ada anda masuk secara tak sengaja, tiberr jer termasuk gitu… atau anda memang kebetulan tengah search mencari sesuatu di google dan terjumpa blog ini atau apa-apa je sebab yang menyebabkan anda terbaca blog ini.

Pada masa yang sama, saya memohon maaf jika gaya dan cara penulisan saya di blog ini tidak menepati cita rasa anda. Saya bukanlah penulis blog yang professional, bukan… bukan… dan bukan! Saya juga bukan seorang pakar apatah lagi seorang ulama’. Saya menulis blog hanya sekadar perkongsian pengalaman dan info-info lain yang saya rasa bermanfaat bagi diri saya dan bagi sesetengah orang lain.

Seperti media sosial yang lain juga… ada orang suka update cerita atau perkongsian diorang di Facebook, Instgram, Tweeter, TikTok dan sebagainya. Ada juga yang semua akaun media sosial dia ada.

Tetapi bagi saya, saya lebih suka menulis, berkongsi, sesi luahan isi hati dan sebagainya di blog walaupun tak ramai orang baca sangat blog ni berbanding media sosial yang lain. Inilah salah satu medium internet yang saya suka. Bak kata Mei mei, “Saya suka, saya suka…”.

Sebenarnya saya mula menulis blog bermula sekitar tahun 2007 dan 2008 macam. Masa tu saya banyak fokus untuk update pengalaman sendiri dan pemasaran perniagaan sambilan saya. Kemudian, bermula pada tahun 2013 macam tu, saya dah kurang dan tak menulis blog lagi. Semangat ‘down’ dek kerana beberapa ujian dan cabaran hidup. Ujian kesihatan, kewangan dan beberapa masalah lain.

Pada pertengahan tahun 2017, saya menjalani pembedahan saraf mata sebelah kiri buat kali ketujuh (ye, kena bedah mata 7 kali dah oii… Naya Pak Karim!). Selepas pembedahan yang dilakukan di Hospital Selayang itu, pakar bedah yang merupakan Konsultan dan juga Ketua jabatan Oftalmologi iaitu Dr. Zamri memaklumkan bahawa pembedahan pada kali ini dianggap berjaya walaupun mata saya tak boleh pulih sepenuhnya seperti dulu. Yang penting kena jaga dan sayangi mata seadanya, takut urat saraf mata tu terlekang lagi dari mata biji putih saya.

Alhamdulillah, itu sudah cukup menggumbirakan bagi saya dan menjadi salah satu asbab kembalinya semangat saya untuk menjadi ‘own’ seperti dulu, seperti sebelum pembedahan yang pertama. Ya, sehingga hari ini tahun 2021, uraf saraf mata saya tak mengalami gangguan lagi seperti dulu tetapi dah tak kuat macam dulu-dulu juga. Maklumlah umur pun makin meningkat walaupun ketinggian diri ini tak meningkat, tak tinggi-tingi… duk ‘lowet’ (lowered) macam nila… Hehe.

Alhamdulillah juga, setelah sekian lama menyepi tak menulis blog, hari ni tiba-tiba rasa nak kembali aktif semula dalam arena blog-memblog ni, walaupun umur dah semakin meningkat. Lantaklah labu… So, kuucapkan “welcome back to me”, kihkih.

Mulai sekarang, inshaAllah saya akan kembali semula menulis blog walaupun tak tahu boleh konsisten ataupun tidak. Tulis lah untuk diri sendiri… dan jika ada manfaat kepada orang lain, alhamdulillah.

Sejujurnya, saya bukan arif atau pakar sangat dalam bab ICT dan internet termasuk berkaitan online tetapi sejujurnya juga, saya memang minat dengan bidang ni dah lama. Jadi, saya pun cuba mencari ilmu melalui internet sama ada google, youtube, yahoo dan lain-lain. Ada yang percuma dan ada juga yang berbayar.

Tetapi sampai sekarang rasa memang baaanyakk lagi yang tak tahu… banyak lagi benda yang saya nak belajar kerana ilmu milik Allah ini sangat luas. Subahanallah… Semoga Allah permudahkan urusan ku dalam mencari ilmu, aamiin.

Welcome back to me!

HAIRUL MUSA a.k.a OWN Sekadar perkongsian, bukan pakar, bukan ulama’

ANDA NAK TAHU LEBIH 20 RESEPI DAN CARA MULAKAN BISNES AIR BALANG? KLIK DI SINI!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*