Aku, Orang Gila & Pisang Goreng : Bahagian 1

Ini adalah kisah benar yang aku lalui sekitar tahun 2004, ketika aku study baru masuk semester pertama di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) – sekarang dah naik taraf Kolej Universiti Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS). Oleh kerana famili aku dari keluarga sederhana, aku mempunyai semangat nak berjaya tu agak tinggi.

Suatu hari, masa cuti hari sabtu aku keluar sorang-sorang ke bandar Kuantan. Duit belanja yang mak ayah aku bagi bukan banyak sangat dan aku pun masih dalam proses tunggu keputusan pinjaman PTPTN. Aku ke bandar saje jalan-jalan je bukan nak membeli pun.

Dah selesai pusing-pusing Kompleks Teruntum, Kuantan Parade dan akhir sekali Berjaya Megamall Kuantan (Antara pasaraya yang ‘top’ masa tu) aku jalan kaki semula ke stesen bas lama kat ‘Benteng’ iaitu tepi Sungai Kuantan. Dari situ aku akan naik bas balik ke kolej semula.

Dalam perjalanan dari Berjaya Megamall Kuantan ke Benteng, aku singgah beli pisang goreng kat gerai tepi jalan. Ape ke nama ntah gerai tu aku tak ingat yang penting, sedap giler! Aku beli la RM1 masa tu dapat 5.

Aku pun makan sambil berjalan nak pergi stesen bas (tak ingat dah yang makan sambil berjalan tu tak senonoh, astaghfirullah..)

Tiba-tiba dari jauh aku ternampak seorang lelaki gila yang datang dari arah depan. Pakai baju warna hijau macam baju pesakit dalam wad di hospital. Berjalan terhenjut-henjut dan bercakap sorang-sorang dengan suara kuat macam tak puas hati kat kawan sebelah yang aku tak nampak.

Hati aku berdebar dan perasaan takut tiba-tiba singgah di ‘qalbu’ ku yang romantik ini. Aku pun buat-buat ‘relaks’ dan teruskan menguyah pisang goreng sambil pusing belakang dan berpatah balik dengan harapan dia tak datang dan buat apa-apa kat aku.

Lepas tu suara orang gila tadi dah tak dengar dan senyap je dan aku agak dia pun dah blah… Aku cakap dalam hati, lega.. dan aku pun nak pusing semula..

Tapi, masa aku nak pusing balik tu tiba-tiba ada orang tepuk bahu kanan aku.

Opocot! terkejut derr! Bila aku pusing je rupa-rupanya orang gila tadi tu yang tepuk aku. Dia tengok dan tenung aku dengan riak muka gila dia tu. macam nak buat apa-apa je kat aku. “Tolong bang, aku masih teruna…”, hati aku buat lawak nak cover takut.

Kalau korang kat tempat aku, apa perasaan korang? Bayangkanlah apa perasaan aku masa tu. Dia pun hulur tangan minta sesuatu sambil marah-marah cakap erkk! uukkk! erkkk! macam orang bisu. Perghhh! jantung aku masa tu..

Bersambung… 

Baca sambungan cerita ini di BAHAGIAN KEDUA

ANDA NAK TAHU LEBIH 20 RESEPI DAN CARA MULAKAN BISNES AIR BALANG? KLIK DI SINI!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*