“Aku peduli apa! ada aku kesah?”

STUASI 1

Pada zaman sekarang,  semakin ramai orang Islam yang suka melakukan kejahatan dan maksiat secara terang-terangan tanpa ada rasa malu. Siap bangga lagi dapat buat macam tu. Beberpeluk, bercium di tempat awam dan tayang di media sosial, kutuk mengutuk sesama sendiri, anak-anak menengking dan menghina mak ayah di depan orang lain. Mak ayah juga sama, kadang-kadang marah dan tengking anak di depan orang lain dan macam-macam lagi maksiat dan perkara jahat yang dibuat.

SITUASI 2

Sebahagiannya yang melakukan maksiat dan perkara jaha ni, bila ditegur atau dinasihat dia naik angin dan kita pula yang kena. Pernah tak anda jumpa ada orang macam ni bila ditegur dia akan cakap “Aku peduli apa! Ada aku kesahh?” Kadang-kadang diselitkan juga ayat… “Itu antara aku dengan tuhan!”.

Perkataan yang ringkas tapi cukup untuk memberi maksud yang dia dah tak peduli apa yang berlaku dan apa orang kata dengan maksiat atau kejahatan yang dia buat tu.

SITUASI 3

Ada orang yang nak berubah jadi baik tapi rasa malu atau takut. Malu atau takut orang perli, mengata, kutuk, orang ungkit cerita lama masa zaman jahat dia dulu dan lain-lain. Tapi niat dan azam nak jadi baik tu dah ada.

SITUASI 4

Orang ni sedang buat baik, sedang berusaha tingkatkan amalan kebaikannya dan cuba tingkatkan keihlasannya kerana Allah. Dia tak kisah apa orang nak kata. Itu antara dia dengan tuhannya.

SITUASI 5

Orang ini, hati dan jiwa dia rasa tenang, lapang, gembira dan rasa bersyukur dengan nikmat Allah apa yang ada.

PANDUAN

Kalau anda berada di SITUASI 3, sila gunakan ayat power SITUASI 2, “Aku peduli apa! Ada aku kesahh?” Kemudian anda teruskan SITUASI 4 insyaAllah anda akan dapat ke SITUASI 5. Tetapi ingat, jangan kembali ke SITUASI 1, bahaya tu!

Selamat mencuba!

*Memang diakui diri ini pun tidak baik dan banyak dosa. Tetapi dalam landasan sedang berusaha untuk menjadi lebih baik serta cuba menjauhkan dosa sebanyak yang termampu. Moga istiqamah. Aamiin.

ANDA NAK TAHU LEBIH 20 RESEPI DAN CARA MULAKAN BISNES AIR BALANG? KLIK DI SINI!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*