Gold bar atau jongkong emas

Assalamualaikum.

Bermula tahun 2010 kalau tak silap, saya mula berjinak-jinak dengan hobi mengumpul dinar perak. Masa tu saya dan sorang kawan sepejabat ni jadi gila mengumpul dinar.. tapi dinar perak. Pada permulaan dulu, sejujurnya saya beli dan jual semua bukan sebab nak bisnes atau nak untuk sangat tapi saja nak seronok-seronok dan sekadar nak pengalaman mengumpul dinar.

Masa tu pula kebetulan masih bujang, komitmen tak banyak lagi jadi, boleh la beli. Dinar-dinar perak yang saya kumpul dulu last-last jual juga. Yela, bila dah berkahwin dan ada komitmen-komitmen tambahan serta ada masalah kesihatan masa tu.. jadi, dinar perak tu saya let the go… let the go…

Al-kisahnya pada pertengahan tahun 2013 kalau tak silap. Saya mula berjinak-jinak kembali dengan hobi kumpul logam ni..hehe. Tapi kali ni berminat kumpul emas pula. So, emas adalah eset yang memang power la saya boleh katakan. Tapi kali ni, saya kumpul emas ni secara peribadi dengan isteri.

Emas ni mungkin semua orang dah tahu, ia adalah sejenis makhluk yang merupakan salah satu eset yang boleh mendatangkan keuntungan tetapi untuk jangka masa panjang ok.. Jangan la mengharap beli emas hari ini, minggu depan dah nak untung! Susahla macam tu. Tetapi tak mustahil boleh dapat untung tupun kalau kebetulan harga emas tiba-tiba naik melambung tinggi sampai cucur atap. Kalau jadi macam tu rezekila.

Berbalik kepada topik bermula tahun 2013 tu. saya mula mengumpul emas ni bukan emas barang kemas ye. Tetapi saya kumpul jongkong emas atau gold bar.

Pada masa tu gold bar permulaan yang saya beli ialah keluaran YaPEIM Gold. Yang menariknya saya beli sikit-sikit iaitu yang berat 1 gram je. Saya jadikan sebagai simpanan eset jangka panjang. Kadang dua tiga bulan, ada duit lebih sikit saya beli 1 gram. dan kalau ada duit lebih sikit, saya beli la terus banyak gram.

Tapi nak jadikan cerita, sehingga tahun 2017, habis semua gold bar saya tu dah jual dek kerana saya perlu guna duit lebih untuk belanja kesan dari masalah kesihatan mata (menjalani pembedahan beberapa kali bermula tahun 2011-2017) dan mula masuk rumah baru beli pada tahun 2017.

Mula-mula saya pergi pajak di Ar-Rahnu tapi sebab tak tak dapat nak tebus semula jadi, semua kena lelong da.. ada la dapat lebih duit tunai sikit.

Kenapa pilih gold bar tapi tak pilih barang kemas?

Untuk dijadikan sebagai barang perhiasan kepada isteri atau untuk diri sendiri bagi perempuan, memang tak salah la beli barang kemas, itu yang paling sesuai. Pada saya, permulaan… beli lah barang kemas serba sedikit untuk pakai sendiri atau suami bagi kat isteri pakai.

Tapi jangan lah pakai banyak sangat sampai terpeleot tergeliat tangan sebab pakai gelang banyak, sampai kepala terbongkok ke bawah sebab berat dengan rantai. jangan sampai macam tu. Naya pak Karim!

Seeloknya, barang kemas pakai lah serba sedikit sebagai penaik seri bagi seorang wanita tu udah. Pada pandangan mata lelaki macam saya, seorang perempuan terutama isteri, kalau pakai gelang yang kecik halus mulus macam gelang budak-budak tu pun saya dah nampak seri dia.

Tapi pelik pulak kalau saya tengok perempuan yang pakai gelang besar dan banyak sampai 3 4 gelang untuk sebelah tangan. Tak masuk sebelah tangan satu lagi. Tak kisahlah design jenis apa pun, putra putri ke, gajah terbang ke, lipan bara ke, kala jengking ke, pulut dakap ke, siput sedut ke, sauh kapal ke..hehe. Janji kalau dia design buat besar.. mata saya mula nampak serabut. Tapi kena ingat, tu pada pandangan mata saya je ok. Memang saya nampak tak berapa menarik tapi saya tahu lagi besor gelang dia lagi berat la.. dan lagi mahal la nilai dia.

So, pada pandangan saya, pakai barang kemas untuk perhiasan seadanya cukuplah. Kemudian jika ada duit lebih beli lah pulak gold bar sebagai simpanan jangka panjang sebab nilai gold bar ni lebih tinggi berbanding barang kemas walaupun barang kemas tu jenis 999 karat.

Barang kemas kebanyakkannya 916 karat dan perbezaan kejatuhan harga atau susut nilai dia agak tinggi iaitu sekitar 20% dari harga beli tapi berbeza dengan jongkong emas. Susut nilai dia tak banyak tak sampai 20%.

Kalau anda berminat nak tengok gold bar keluaran YaPEIM Gold, boleh tengok di website rasmi di sini www.yapeimgold.com.my. Kedai rasmi YaPEIM Gold ni tak banyak cawangan lagi setakat ni. Kedai utama dia ialah di NU Sentral, Kuala Lumpur. Dekat area KL Sentral tu. Anda juga boleh tengok di facebook rasmi mereka di sini www.facebook.com/yapeimgold.

YaPEIM Gold ni adalah produk di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

YaPEIM juga memiliki kedai pajak gadai Islam iaitu Ar-Rahnu YaPEIM dan cawangan ar-rahnu mereka sekarang setakat tahun 2022, dah semakin banyak di seluruh Malaysia. Boleh dikatakan di setiap daerah pun dah ada. Tujuannya adalah untuk memudahkan sesiapa sahaja terutama umat Islam untuk membuat pajak gadai barang kemas secara patuh shariah dan juga untuk memudahkan sesiapa membeli gold bar mereka.

Salah satu kelebihan utama Ar-Rahnu YaPEIM yang saya suka ialah, di setiap cawangan ar-rahnu mereka juga, ada jual gold bar keluaran mereka iaitu gold bar YaPEIM Gold. Tapi untuk berat yang ringan jela iaitu gold bar yang berat 1gram, 2gram dan 5gram saje masa tu. Kalau tak salah saya la. Saya cuma pengumpul yg berat 1gram je. Hehe. Kadang-kadang ada jugak beli yang edisi khas berat setengah gram (0.05gram).

Maknanya, kalau anda minat nak beli golr bar keluaran YaPEIM Gold, boleh beli di cawangan Ar-Rahnu YaPEIM sahaja dan kalau nak jual semula atau nak pajak semula pun boleh di situ juga.

Semoga bermanfaat kawan..

ANDA NAK TAHU LEBIH 20 RESEPI DAN CARA MULAKAN BISNES AIR BALANG? KLIK DI SINI!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*