Emas Quantum Metal (QM)

Syarikat QUANTUM METAL SDN BHD (1011907U) diurus dan dimiliki oleh Quantum Metal Capital, anak syarikat Quantum Metal Exchange Inc. (QMEI),  sebuah syarikat tersenarai OTC A.S. (OTC:QMEI) yang berpangkalan di New York.

Syarikat ini ditubuhkan di Malaysia pada Tahun 2012 dan pejabat pengurusan utama terletak di George Town, Pulau Pinang.

QM menyediakan pembangunan dan perkhidmatan fintech, penyelesaian sistem perbankan dan perdagangan Logam Berharga kepada rakan kongsi tempatan kami seperti bank, institusi kewangan, koperasi dan pasaran runcit di Malaysia.

Sebelum ini mungkin ramai yang tak tahu (termasuk saya) yang QM ini adalah salah satu syarikat pengedar terbesar jongkong emas di Malaysia kepada beberapa bank dan institusi seperti Bank Muamalat, Affin Bank, TEKUN Nasional dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Saya pun dulu tak tahu yang syarikat ni wujud dan tanpa saya sedar akaun simpanan emas saya di Bank Muamalat tu emasnya dibekalkan oleh QM rupanya. (Saya ada akaun simpana emas di Bank Muamalat tapi dah lama tak topup. dulu pernah la beli dan buat deposit RM30 je kalau tak silap).

Saya mula kenali QM pada awal tahun 2022 dan masa tu saya buat kaji selidik dulu dari internet dan orang-orang tertentu dan perkara paling penting bagi saya ialah, status PATUH SYARIAH.

Ya, QM adalah syarikat dan produknya diperakukan patuh syariah. Itu saya suka. Kemudian, saya teruskan lagi menggali untuk mengenali QM ni dengan cara tengok pula produk diorang. Bila tengok produk dan sistem dia, saya rasa berminat.

Produk di Quantum Metal terdiri daripada produk emas bar 99.99%. Merupakan produk emas digital yang bersandarkan kepada emas fizikal. Bermakna, dengan pembelian melalui online ni, anda boleh tukar ke emas fizikal tu bila-bila masa. Maknanya stok emas fizikal tu ada dalam simpanan QM. Sistem online bertujuan untuk memudahkan urusan jual-beli.

Dan akhirnya pada bulan Mac 2022 saya telah mendaftar sebagai ahli QM melalui seorang kenalan di FB dan buat pembelian simpanan emas pertama melalui produk pertama QM iaitu Akaun Simpanan Emas/ Gold Saving Account (GSA) dengan jumlah belian pertama RM20 jerr… sebab saya tak ada modal sangat pun. Hehe. Sebenarnya belian minima melau GSA ni hanyalah RM10 je tapi saya beli RM20. Okla tu.. :-).

Selang beberapa hari saya tambah lagi dengan jumlah RM100 kemudian lepastu tambah lagi RM30. Sikit-sikit macam tu je.

Kemudian selang beberapa minggu, selepas jumlah terkumpul di akaun GSA saya lebih kurang RM170 (emasnya tak sampai 1gram pun, sikit benorr… hehe). Saya cuba pulak produk lain di QM iaitu Akaun Tukar Emas/ Gold Convert Account (GCA) pulak.

GCA adalah produk untuk kita tukar simpanan emas kita kepada duit tunai (seperti pajak di ar-rahnu). Kalau kita nak pakai duit, kita boleh convert kepada tunai. Maknanya emas kita yang ada tu kita akan pajak kepada syarikat QM dan diorang akan bagi kita pembiayaan tunai sebanyak 85% dari nilai emas tersebut. Kadar minima yang kita boleh convert kepada duit tunai ialah simpanan di GSA kita tu mesti ada sekurang-kurangnya RM150.

Masa tu saya pajak dalam bulan Mac 2022 juga. Dengan semua emas yang berjumlah RM170 tu, selepas saya convert, saya dapat duit tunai lebih kurang RM130 lebih kalau tak silap) dan duit RM130 lebih tu saya belanja macam biasa.

Mungkin anda ada yang fikir, kalau dah pajak (ar-rahnu) susah juga sebak nanti nak kena tebus semula, kena bayar balik pembiayaan yang kita dapat tu? Sama je, kalau orang yang tak berkemampuan sangat biasanya tak boleh tebus punya… pengakhiranya ialah emastersebut kena lelong jugak!

Ya, betul… Tak dinafikan kalau kita pajak di ar-rahnu lain di luar sana, itulah hakikatnya. Selepas 6 bulan kena tebus. Kalau tak mampu boleh sambung sehingga 10 bulan dan ada sesetengah ar-rahnu boleh sambung sehingga 18 bulan dengan kadar upah simpan antara 1% setiap bulan atau ada syarikat ar-rahnu yang caj lebih sikit.

Yang menariknya di QM, haaa ni saya nak cerita… tempoh pajak emas di QM ialah… TANPA HAD! ikut anda lah nak biar emas tu dipajak sampai bila. 5 tahun? 7 tahun? 10 tahun? 15 tahun? 20 tahun? huhu. Kadar caj pengurusan/upah simpan yang dikenakan hanyalah 3.5% sahaja untuk setahun!

Jadi, dari sinilah saya ambik manfaat atau kelebihan di QM iaitu, saya tukar emas kepada tunai sebab nak pakai duit untuk kelangsungan hidup dan emas yang dipajak tu tunggulah sampai 5 tahun ke atas dan dijangka harga emas akan naik. Masa tu kalau nak tebus pun dah boleh menggunakan nilai kenaikan harga emas tersebut. Maknanya tak perlu guna duit poket sendiri dari sumber lain. Menarik!

Kemudian, bermula hujung bulan Mac 2022. Saya berazam untuk mulakan hidup dengan menggunakan belanja hangus saya untuk beli emas QM dulu, pajak, dapat tunai 85% dan belanja semula belanja hangus saya menggunakan hanya denga duit tunai tersebut. Dalam tak sedar, saya dah ada simpanan emas paksa yang saya buat. Sebelum ni kalau nak menyimpan memang payahla jawabnya. Hehe.

Akhirnya bermula gaji saya bulan Mac 2022 pada hujung bulang. Bila dapat je gaji, saya mula beli emas untuk belanja hangus bulanan saya. Gaji bersih saya tu tak la banyak mana sebab banyak hutang saya buat potongan gaji. Tapi takpe, tetap semangat membara.

Dari gaji bersih saya tu, sebelum bayar ap-apa, saya beli dulu emas QM sebanyak RM1,000 dan terus convert ke tunai. dalam masa tak sampai 3 hari bekerja, saya terima duit tunai RM850 lebih sikit yang dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

Dari jumlah tunai RM850 tu jelah sebagai tambahan gaji saya, saya rancang/uruskan dan guna dengan berjimat cermat untuk belanja hangus saya bulan ni. Barulah saya bayar bil elektrik, bil air, bil unifi, topup henpon, beli barang dapur dan lain-lain.

Secara tak sedar, saya ada simpanan emas untuk masa depan sebanyak 3.5gram lebih pada bulan Mac 2022 (RM1,000 tadi dapat beli emas QM sebanyak 3.5gram lebih). So, bila saya nak tebus ni? Target saya lebih dari 5 tahun akan datang, inshaAllah. Sama ada saya tebus emas ni atau saya jual je nanti, tengok keadaan, harga dan suasana masa tu. Yang penting belanja hangus saya tiap-tiap bulan tak sia-sia habis macam tu je tanpa ada simpanan.

InshaAllah, cara belanja hangus menggunakan platform emas QM ni saya akan teruskan pada bulan April 2022 ni dan teruskan pada masa akan datang. Semoga istiqomah atau konsisten.

Oleh kerana QM ni menarik bagi saya, pada penghujung Mac 2022 juga, saya telah mendaftar sebagai dealer. tapi dealer bawahan je la. Hehe, dipanggil sebagai Introducer. Jadi sesiapa yang berminat nak mendaftar ahli boleh la melalui saya juga. Daftar ahli secara percuma je, tetapi selepas daftar untuk mengaktifkan akaun permulaan, anda perlu buat pembelian emas di GSA minima RM10 je.

Dan untuk mengaktifkan akaunn anda sepenuhnya anda perlu lengkapkan pendaftaran dengan muat turun/ upload gambar kad pengenalan anda depan dan belakang serta masukkan no.akaun bank anda. Semuanya dibuat hanya secara online saje.

Ok, sekadar ini perkongsian permulaan saya tentang QM ni. Kalau anda nak bertanya apa-apa kepada saya, anda boleh hantar melalui emel ini… hairulmusa1983@gmail.com dan jika anda berminat nak jadi ahli QM terus, boleh mendaftar ahli DI SINI dan isikan maklumat anda di situ.

Kalau nak tengok website utama Quantum Metal anda boleh klik di dini www.quantummetal.com.my.

Terima kasih.

ANDA NAK TAHU LEBIH 20 RESEPI DAN CARA MULAKAN BISNES AIR BALANG? KLIK DI SINI!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*